Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 72 MATRADE telah menganjurkan INSP ASEAN untuk Minyak & Gas 2021 yang merupakan program gantian bagi pameran perdagangan Oil & Gas Myanmar 2021 (OGAM) yang telah ditangguhkan. Program INSP ini dijalankan dari 1 April hingga 31 Disember 2021 dengan kerjasama pejabat MATRADE di Yangon, Bangkok, Ho Chi Minh City, Jakarta, Manila, Sabah (meliputi Brunei) dan Johor (meliputi Singapura). Sebanyak 53 padanan perniagaan untuk 29 pembeli di seluruh rantau ASEAN diatur dengan 33 syarikat Malaysia untuk rangkaian produk dan perkhidmatan yang luas seperti kimia, pelincir, minyak asas, petrokimia, perkhidmatan kejuruteraan dan bekalan tenaga manusia. Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia (IGEM 2021) ke-12 dianjurkan secara maya dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2021. Sempena acara ini, MATRADE telah menganjurkan INSP secara maya untuk pembeli antarabangsa bertujuan mempromosikan produk dan perkhidmatan berteknologi hijau. Sebanyak 32 sesi padanan perniagaan secara maya di antara 15 syarikat Malaysia dengan 15 pengimport dari Korea, Jepun, !ailand, Filipina, Myanmar, Turkiye, Poland dan Amerika Syarikat. Antara produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi adalah solar fotovoltaik, produk pencuci, minyak sawit dinyahbau luntur bertapis, bahan api biodiesel dan produk bahan binaan. 53 sesi padanan perniagaan 32 sesi padanan perniagaan INSP bersempena Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia Ke-12 (IGEM 2021) LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 1 Jul – 31 Dis 2021 NAMA PROGRAM INSP ASEAN untuk Minyak dan Gas 2021 LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 1 Apr – 31 Dis 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 72 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0