Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 74 SOROTAN MISI PERDAGANGAN & PELABURAN Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan (TIM) yang diketuai oleh Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (YBMK) merupakan satu inisiatif MITI serta MATRADE dan MIDA bagi merancakkan semula ekonomi dalam fasa pemulihan negara. Misi itu juga merupakan langkah penting untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab penyumberan bagi perniagaan global dan destinasi pelaburan pilihan. Pada tahun 2021, sejumlah empat (4) TIM dianjurkan dan antara programnya adalah mesyuarat dua hala YBMK dengan rakan sejawatan, pertemuan bersemuka dengan syarikat konglomerat dan sesi temu ramah bersama akhbar tempatan. TIM ke Korea Selatan dan Jepun yang diketuai oleh Menteri Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (YBMK) telah dilaksanakan dari 31 Mac hingga 6 April 2021. Pertemuan secara bersemuka (one-onone) dengan dua (2) syarikat konglomerat Korea Selatan serta tiga (3) syarikat terkemuka Jepun diadakan semasa TIM sebagai usaha meningkatkan perdagangan dalam pelbagai industri. Sektor yang terlibat antaranya adalah industri kreatif (animasi), halal, peruncitan dan serbaneka serta produk berasaskan kelapa sawit. Beberapa sesi padanan perniagaan juga berjaya diaturkan bagi mengeratkan hubungan kerjasama perdagangan yang terjalin sejak 40 tahun lalu menerusi inisiatif Dasar Pandang ke Timur. Misi ini turut membolehkan negara menerokai peluang pasaran baharu dalam sektor teknologi hijau atau tenaga boleh diperbaharui. Selain itu, sesi temu ramah antara YBMK bersama akhbar tempatan di Korea Selatan diadakan bagi menyampaikan maklumat terkini tentang keadaan ekonomi dan peluang pelaburan serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama di rantau Asia Tenggara. Seterusnya, satu Memorandum Kerjasama (MoC) telah dimeterai oleh MATRADE dan Japan External Trade Organization (JETRO) dengan disaksikan YBMK dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) Jepun dalam usaha mengukuhkan hubungan kerjasama perdagangan dua hala. MoC berkenaan bertujuan meningkatkan kerjasama jangka panjang dengan memanfaatkan peluang dalam ekonomi semasa terutamanya sektor digitalisasi dan eDagang serta sektor Halal. Selain itu, mesyuarat dua hala antara YBMK dengan rakan sejawatan di Jepun dan Korea Selatan turut diadakan bagi membincangkan isu dua hala termasuk kerjasama dalam hubungan perdagangan dan pelaburan. Ia penting bagi meningkatkan komitmen syarikat dan pembeli berpotensi untuk produk dan perkhidmatan dari Malaysia. Semua pihak bersetuju untuk terus bekerjasama dalam perjanjian perdagangan bebas yang disertai termasuk RCEP serta CPTPP. TIM tersebut berjaya dijalankan dengan mengikuti SOP dan panduan ditetapkan oleh negara yang dilawati. Program ini juga dilihat sebagai faktor pemangkin bagi memulihkan keyakinan komuniti perniagaan terhadap keupayaan Malaysia dalam meningkatkan perdagangan dan pelaburan dengan Korea Selatan dan Jepun. TIM ke Korea Selatan dan Jepun LOKASI Korea Selatan, Jepun Malaysia TARIKH 31 Mac – 6 April 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 74 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0