Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 42 Jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Tengah pada tahun 2021 meningkat 59.1% kepada RM19.81 bilion berbanding tahun 2020. Mexico merupakan rakan dagang utama Malaysia di rantau Amerika Tengah dengan 70.2% syer, diikuti oleh Costa Rica (23.5%) dan Panama (3.1%). Eksport ke rantau ini melonjak 60% kepada RM16.52 bilion, berikutan peningkatan eksport barangan E&E, barangan perkilangan logam dan keluaran getah. Barangan eksport utama adalah barangan E&E yang mewakili 63.3% syer, disusuli oleh barangan perkilangan logam (10.3%) serta barangan optik dan saintifik (3.8%). Import dari Amerika Tengah naik 54.6% kepada RM3.28 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, barangan optik dan saintifik serta kelengkapan pengangkutan. Mexico merupakan pasaran eksport terbesar di Amerika Tengah, merangkumi 70.2% syer daripada jumlah eksport ke rantau ini. Eksport ke Mexico bertambah 37.9% kepada RM11.60 bilion berikutan peningkatan eksport barangan E&E, barangan perkilangan logam dan barangan perkilangan lain (terutamanya SSD). Barangan eksport utama adalah barangan E&E (64.3% syer), barangan perkilangan logam (10.5%) serta barangan perkilangan lain (terutamanya SSD) (4.5%). Import dari Mexico berkembang 35.9% kepada RM2.30 bilion. Barangan import utama adalah barangan E&E, barangan perkilangan lain (terutamanya SSD) dan kelengkapan pengangkutan. Pada tahun 2021, perdagangan dengan Caribbean telah mencatatkan peningkatan sebanyak 20.2% kepada RM874.2 juta. Rakan dagang utama di rantau ini adalah Republik Dominika, Puerto Rico serta Republik Trinidad & Tobago. Secara kolektif, negaranegara ini merangkumi 74.4% syer daripada jumlah perdagangan dengan rantau ini. Eksport ke rantau ini berkembang sebanyak 21.3% kepada RM716.5 juta berikutan kenaikan eksport keluaran getah, keluaran petroleum dan barangan perkilangan berasaskan minyak sawit. Barangan eksport utama adalah keluaran getah (21.9% syer), barangan kayu (14.1%) dan barangan makanan diproses (11.9%). Import dari Caribbean meningkat 15.4% kepada RM157.7 juta. Barangan import utama adalah bijih logam dan serpihan logam, kimia dan bahan kimia serta barangan perkilangan logam. Republik Dominika merupakan pasaran eksport terbesar di Caribbean, mewakili 36.3% syer daripada jumlah eksport ke rantau ini, disusuli oleh Puerto Rico (21.1%) dan Republik Trinidad & Tobago (17.3%). Eksport ke Republik Dominika melonjak 63.6% kepada RM260.1 juta berikutan peningkatan eksport keluaran getah, keluaran petroleum serta minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit. Barangan eksport utama adalah keluaran getah (27.5% syer), barangan E&E (14.5%) dan keluaran petroleum (12%). Import dari Republik Dominika meningkat sebanyak 68.2% kepada RM62.9 juta. Barangan import utama adalah bijih logam dan serpihan logam, kimia dan bahan kimia serta barangan besi dan keluli. RAKAN DAGANG UTAMA Mexico Costa Rica 70.2%* 23.5% JUMLAH PERDAGANGAN RM19.81 bilion 59.1% EKSPORT RM16.52 bilion 60% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM3.28 bilion 54.6% BARANGAN E&E BARANGAN PERKILANGAN LOGAM BARANGAN OPTIK & SAINTIFIK Amerika Tengah Caribbean JUMLAH PERDAGANGAN RM874.2 juta 20.2% EKSPORT RM716.5 juta 21.3% BARANGAN EKSPORT UTAMA IMPORT RM157.7 juta 15.4% KELUARAN GETAH BARANGAN KAYU BARANGAN MAKANAN DIPROSES RAKAN DAGANG UTAMA Republik Dominika 36.9%* Puerto Rico 22.2% 15.3% Republik Trinidad &Tobago *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini *syer kepada jumlah perdagangan ke rantau ini Panama 3.1% Matrade 2021 - BAB 2.indd 42 21/11/2022 11:42

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0