Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 58 Arab Health 2021 merupakan pameran perdagangan terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) bagi sektor perubatan dan kesihatan yang dijangka mencecah USD7.92 billion pada tahun 2025. Pameran diadakan dalam format hibrid dengan memberi kemudahan kepada hampir 47,000 pengunjung dan 1,700 pempamer mengakses pameran secara fizikal pada 21 - 24 Jun 2021 di Dubai World Trade Centre dan secara maya bagi tempoh dua (2) bulan bermula Mei hingga Julai. MATRADE menyelaraskan penyertaan empat (4) syarikat secara fizikal di astaka Malaysia. Penyertaan buat kali ke-17 dalam program ikonik ini berjaya membantu syarikat Malaysia terutamanya PKS yang terjejas akibat pandemik untuk terus berdaya saing dalam meraih peluang eksport yang tersedia di rantau MENA. Selain itu, syarikat Malaysia juga dapat mempergiatkan promosi peranti perubatan dan produk farmaseutikal di pasaran antarabangsa walaupun berdepan dengan krisis kesihatan dunia. SEKTOR GAYA HIDUP & SAINS HAYAT (PERALATAN PERUBATAN & FARMASEUTIKAL) 252 sesi padanan perniagaan Arab Health 2021 LOKASI Dubai, Emeriah Arab Bersatu TARIKH 21 - 24 Jun 2021 NAMA PROGRAM !e Big 5 Dubai merupakan pameran perdagangan terbesar bagi sektor pembinaan dan bahan binaan rantau Timur Tengah. Pameran ini berjaya menarik minat syarikat ternama dari Timur Tengah dengan menampilkan program khas seperti !e Big 5 Heavy, Middle East Concrete, HVAC R Expo, Middle East Stone, Urban Design & Landscape Expo dan FM Expo bagi memenuhi kehendak dan juga keperluan industri di rantau tersebut. !e Big 5 Dubai menjadi platform strategik untuk mempromosikan produk serta perkhidmatan pembinaan Malaysia. Inisiatif MATRADE dengan kerjasama pemain industri terbukti berhasil apabila sebanyak 252 padanan perniagaan berjaya diatur dalam pameran berkenaan. Picagari, benang jahitan, pelitup muka, kondom serta ubat-ubatan am merupakan antara peranti perubatan dan produk farmaseutikal yang berjaya mendapat permintaan tinggi di pasaran UAE, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Sepanyol. Sementara itu, menerusi platfrom dalam talian, sebanyak 314 pertanyaan perdagangan diterima. Melalui acara ini, syarikat Malaysia berjaya meningkatkan eksport ke beberapa negara di rantau MENA selain meluaskan rangkaian perniagaan di pasaran UAE menerusi usahasama dengan pengedar dan pembekal utama tempatan. Pada tahun 2021, pameran ini disertai 1,200 pempamer dari 50 negara dengan dihadiri lebih 36,000 pengunjung secara fizikal dan 15,500 pengunjung secara maya melibatkan 152 negara. Penyertaan MATRADE dalam pameran ini merupakan kali ke-20 semenjak tahun 2001. MATRADE telah menyelaras penyertaan empat (4) syarikat di bawah astaka Malaysia yang diadakan pada 1215 September 2021. Bagaimanapun, peningkatan penularan wabak ketika itu menyebabkan (2) syarikat membatalkan penyertaan mereka. SEKTOR PEMBINAAN & PERKHIDMATAN PERNIAGAAN !e Big 5 Dubai LOKASI Dubai, Emeriah Arab Bersatu TARIKH 12 – 15 Sep 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 58 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0