Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 57 Sebagai agensi promosi perdagangan kebangsaan, MATRADE menerajui agenda pengantarabangsaan produk dan perkhidmatan halal Malaysia melalui penganjuran pelbagai program promosi perdagangan bagi mewujudkan peluang eksport kepada pemain halal negara. Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) merupakan program utama anjuran MATRADE bagi mengetengahkan pemain industri halal terutamanya PKS ke pasaran antarabangsa. Dengan tema “Memperkasa Halal, Esok, Bersama” (Empowering Halal, Tomorrow, Together), MIHAS edisi ke-17 yang berlangsung dari 9 September hingga 31 Disember 2021 dianjurkan secara maya sepenuhnya bagi memastikan kesinambungan MIHAS yang merupakan platform utama kepada perdagangan halal global. Selain itu, pameran maya ini juga bertujuan memperkukuh fasa pemulihan ekonomi negara dengan menyediakan peluang perniagaan secara digital kepada pemain industri halal Malaysia. Tiga komponen utama MIHAS 2021 adalah pameran maya produk dan perkhidmatan, Program Penyumberan Antarabangsa (International Sourcing Programme) dan Hab Perkongsian Pengetahuan. Sejumlah 549 pempamer daripada 43 negara termasuk Malaysia mengambil bahagian dalam 12 kluster utama halal iaitu makanan dan minuman, teknologi makanan, e-dagang, kosmetik, penjagaan diri, farmaseutikal, fesyen santun, pendidikan, kewangan Islam, francais, perkhidmatan dan pemudah cara industri, pelancongan mesra muslim, media dan rekreasi. Acara maya ini juga telah menarik sebanyak 16,512 pengunjung. Produk ramuan makanan dianggap berpotensi di pasaran antarabangsa dengan Malaysia berperanan sebagai peneraju utama ramuan makanan halal. Kelebihan Malaysia di subsektor ini tertumpu kepada ramuan makanan berasaskan sumber komoditi seperti minyak sawit dan koko. Selaras dengan hasrat untuk memposisikan kelebihan Malaysia dan menerokai peluang dalam sektor ini, MATRADE telah menyelaras penyertaan Malaysia buat julung kalinya di pameran Food Ingredients (FI) Europe yang berlangsung dari 30 November hingga 2 Disember 2021 di Frankfurt, Jerman. Dalam pameran ini, astaka Malaysia disertai lima (5) pempamer termasuk Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Koko Malaysia (MCB). Antara produk yang dipromosikan adalah estrak berasaskan tumbuhan, minyak emulsi, minyak sayuran, tocotrienols, aroma dan perasa makanan, serbuk koko, produk berasaskan kelapa dan minuman berasaskan tumbuhan. Pameran ini telah disertai 710 pempamer dari pelbagai negara dan menerima lebih 13,000 pengunjung. Sebanyak 245 sesi padanan perniagaan telah berjaya diatur untuk pempamer Malaysia. Food Ingredients (Fi) Europe 2021 LOKASI Frankfurt, Jerman TARIKH 30 Nov – 2 Dis 2021 NAMA PROGRAM MIHAS 2021 LOKASI Kuala Lumpur Malaysia TARIKH 9 Sep –31 Dis 2021 NAMA PROGRAM 16,512 pengunjung perdagangan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 57 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0