Laporan Tahunan 2021

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 17 INISIATIF KELESTARIAN MATRADE memperkukuhkan lagi Program Nilai Kelestarian untuk Pengeksport (S.A.V.E), sebuah program perkongsian nilai korporat. Ia merupakan manifestasi kepimpinan MATRADE untuk mendorong amalan kelestarian selari dengan agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menggalakkan amalan kelestarian dalam perniagaan. Sebagai tindak balas, MATRADE telah menganjurkan siri webinar S.A.V.E bertujuan membantu syarikat terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memahami konsep kelestarian dalam konteks pasaran global dari aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Bagi menyokong inisiatif kelestarian ini, MATRADE turut menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) dan CIMB Islamic Bank Berhad bagi menggalakkan pembangunan pengeksport hijau seterusnya meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan lestari. Secara keseluruhan, matlamat utama MATRADE pada tahun 2021 adalah untuk memastikan bahawa komuniti pengeksport Malaysia kekal terhubung dengan pembeli luar negara dan mendapat maklumat terkini mengenai trend global semasa. Dengan rangkaian 46 pejabat di luar negara dan 5 pejabat wilayah dalam negara, MATRADE akan terus berkolaborasi dengan semua pihak yang berkaitan dalam memacu ekonomi walaupun berhadapan ekosistem perdagangan antarabangsa yang mencabar. MATRADE kekal komited dalam menyokong dan memudah cara operasi syarikat pengeksport Malaysia agar terus utuh di barisan hadapan pasaran global. Akhir kata, saya ingin menzahirkan penghargaan yang tidak terhingga kepada YB Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat serta Pengurusan Tertinggi MITI di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan serta semua warga MATRADE atas sokongan yang tidak ternilai dalam membentuk MATRADE menjadi sebuah organisasi yang gemilang, terbilang dan warganya yang cemerlang. Terima kasih, Datuk Mohd Mustafa Bin Abdul Aziz Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0