Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 89 MATRADE membantu syarikat Malaysia dengan memantau perkembangan peluang perniagaan di pasaran luar negara. Risikan pasaran merupakan faktor penting bagi syarikat yang berhasrat untuk menerokai pasaran eksport. Melalui risikan pasaran, maklumat penting seperti perubahan teknologi, jangkaan pelanggan, gangguan rantaian bekalan global dan halangan bukan tarif boleh diperolehi. Maklumat ini berguna bagi syarikat menyusun strategi eksport mereka ke pasaran antarabangsa. Rangkaian 46 pejabat MATRADE luar negara bertindak sebagai penasihat perdagangan untuk berunding dengan pengimport dan pemain industri serta menyediakan risikan pasaran. Risikan pasaran yang diedarkan kepada pengeksport adalah laporan serta kajian produk dan pasaran dalam bentuk Market Alert (MA), Product Market Study (PMS) dan Trade Lead yang boleh diakses melalui aplikasi digital MyExport. MATRADE juga menyediakan pelbagai penerbitan termasuk MATRADE Insight (MI) yang menyalurkan maklumat risikan pasaran serta majalah Exclusive from Malaysia (EFM) untuk mempromosi syarikat Malaysia di pasaran antarabangsa. Pusat Informasi Perniagaan (BIC) juga menyediakan bahan risikan komersial lain yang dilanggan dan diakses secara dalam talian. MENYEDIAKAN RISIKAN PASARAN MATLAMAT 3 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 89 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0