Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 75 Misi ini merupakan kesinambungan hasil lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke Arab Saudi dan UAE pada Mac 2021. Semasa TIM, YBMK mengadakan beberapa siri pertemuan bersama pemimpin tinggi Arab Saudi dan UAE bagi membincangkan mengenai peluang pelaburan dan perdagangan strategik antara Malaysia dengan kedua-dua negara. Pertemuan secara bersemuka dengan syarikat terkemuka di kedua-dua negara turut berjaya diaturkan. Satu Memorandum Ekplorasi Perniagaan bagi menerokai peluang perniagaan dalam perkhidmatan infrastruktur sokongan penjagaan kesihatan dan pengurusan kemudahan kesihatan bersepadu di Arab Saudi telah ditandatangani oleh syarikat Malaysia dengan syarikat negara itu. TIM ke Qatar, Austria dan Turkiye berjaya dilaksanakan dari 4 hingga 16 Julai 2021 dengan melibatkan beberapa siri mesyuarat dua hala di antara YBMK bersama rakan sejawatan di ketiga-tiga negara tersebut. Mesyuarat itu membincangkan potensi, kerjasama dan peluang perdagangan serta pelaburan dua hala. Pertemuan bersama syarikat pengimport utama daripada negara berkenaan turut diadakan. Semasa misi ini Kerajaan Malaysia juga telah menandatangani Deklarasi Bersama Perluasan Skop Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Turkiye dan Establishment of Focal Points yang ditandatangani oleh MITI bersama Kementerian Persekutuan untuk Digital dan Hal-Ehwal Ekonomi Austria. Di samping itu, YBMK telah menyaksikan pemeteraian kerjasama dalam bidang pengurusan fasiliti melalui Memorandum Perjanjian yang ditandatangani di antara syarikat Malaysia dan Qatar. YBMK turut menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Qatar bagi menyampaikan maklumat terkini berkenaan dasar kerajaan dan usaha Malaysia dalam mengekang pandemik serta rancangan pemulihan ekonomi. TIM ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) LOKASI Riyadh, Arab Saudi dan Dubai & Abu Dhabi, UAE) TARIKH 26 Apr – 4 Mei 2021 NAMA PROGRAM TIM ke Qatar, Austria dan Turkiye LOKASI Qatar, Austria & Turkiye TARIKH 4 – 16 Jul 2021 NAMA PROGRAM Photo Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 75 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0