Laporan Tahunan 2021

118 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Pengurusan sumber manusia memainkan peranan penting dalam mengembangkan, memperkuat dan mengubah budaya organisasi. MATRADE komited dalam memastikan budaya korporat, pengurusan bakat dan amalan pembangunan sumber manusia berada pada tahap yang tinggi serta mampu seiring dengan perubahan dan keperluan semasa. Justeru, ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan prestasi organisasi ke tahap yang optimum dan membanggakan Proses pengisian jawatan, kenaikan pangkat dan penempatan pegawai juga dilaksanakan dengan teratur dan sistematik bagi memastikan kelancaran pelan pengurusan sumber manusia. Perancangan Pengisian Jawatan Kajian pengisian jawatan dijalankan secara berkala bagi memastikan sumber tenaga kerja yang mencukupi dalam struktur organisasi MATRADE supaya tidak menjejaskan pelaksanaan program kerja tahunan yang dirancang. Pada tahun 2021, seramai 605 warga kerja MATRADE telah bertugas dengan dedikasi dan amanah di dalam dan luar negara. Kenaikan Pangkat Pada tahun 2021, MATRADE telah melaksanakan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan jawatan melibatkan seramai 42 kakitangan. Kenaikan pangkat ini bertujuan bagi mengiktiraf dan meningkatkan prestasi dan motivasi serta pertumbuhan kerjaya warga MATRADE. Persaraan Pegawai MATRADE merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada lapan (8) orang pesara yang telah memberikan sumbangan serta khidmat dengan penuh dedikasi dalam melaksanakan amanah kerja sepanjang bertugas di organisasi. 1% 40% 39% 20% 7% 60% 33% 62% JUMLAH JAWATAN DIISI 2021 Pengurusan Tertinggi (7 orang) Pengurusan & Profesional (242 orang) Kakitangan Sokongan (238 orang) Kakitangan Ambilan Tempatan MATRADE Luar Negara (118 orang) JUMLAH JAWATAN DIISI 2021 Pengurusan Tertinggi (3 orang) Pengurusan & Profesional (25 orang) Kakitangan Sokongan (14 orang) JUMLAH PERSARAAN 2021 Pengurusan & Profesional (5 orang) Kakitangan Sokongan (3 orang) 38% Laporan Tahunan 2021 Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 118 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0