Laporan Tahunan 2021

Pengurusan, Integriti, Audit Dalam dan Perancangan Strategik 121 KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN MATRADE menitikberatkan keselamatan dan kesejahteraan warga MATRADE dan ini memerlukan pengawasan operasi, pengurusan dan penyelenggaraan Menara MATRADE. Di antara kerja-kerja yang dijalankan adalah melibatkan pembaikan dan penambahbaikan skop mekanikal, elektrikal dan sivil. Pelaksanaan sistem pengurusan dan penyelenggaraan yang baik akan dapat memastikan operasi Menara MATRADE tidak terganggu dan tergendala selaras dengan fungsi utama agensi untuk menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik dan kondusif kepada para pelanggan. Pada tahun 2021, beberapa projek serta latihan telah dimulakan dan dilaksanakan antaranya: • Kerja penggantian sistem saluran air hujan (rain water down pipe-RWDP) di Menara MATRADE • Kerja pembaikan cerun dan kerja berkaitan di Menara MATRADE (di bawah JKR) • Kerja menaik taraf, pengubahsuaian dan reka bentuk dalaman di pintu utama West Wing Menara MATRADE • Kerja pembaikan dan menaik taraf external ceiling board, skylight dan waterproofing Menara MATRADE (di bawah JKR) • Kerja penambahbaikan dan penaiktarafan tandas aras 3 dan aras G serta lain kerja berkaitan di Menara MATRADE • Kerja menaik taraf, pengubahsuaian dan mereka bentuk dalaman pejabat di tingkat 13 West Wing, Menara MATRADE • Kerja penambahbaikan dan penaiktarafan fasiliti dan ruang MATRADE Exhibition & Convention Centre (MECC) serta lain-lain kerja berkaitan di Menara MATRADE • Kerja penggantian keseluruhan sistem paip air dalaman (GI Pipe) dan kerja berkaitan di Menara MATRADE • Kerja pembinaan parkir bas MATRADE, perhentian bas dan papan tanda MATRADE • Bengkel pengurusan fasiliti dan penyenggaraan • Kursus Greencard CIDB • Ujian sistem pencegah kebakaran 1 & 2 Kerja penaiktarafan pintu utama West Wing 3 & 4 Kerja menaik taraf aras 13 5 Kerja penggantian GI Pipe 6 MATRADE 3D signage 3 5 2 4 6 1 Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 121 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0