Laporan Tahunan 2021

Organisasi MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 13 Ia juga mencerminkan komitmen MATRADE dalam membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) semasa situasi yang mencabar dengan menghubungkan PKS dengan pembeli antarabangsa melalui 46 rangkaian pejabat MATRADE di luar negara dalam Program Penyumberan Antarabangsa. MATRADE meneruskan pelbagai inisiatif seperti padanan perniagaan, latihan, seminar dan webinar yang diadakan secara maya manakala sebahagiannya dilaksanakan secara hibrid dengan pembukaan semula ekonomi. Sebagai agensi promosi perdagangan, MATRADE meneruskan kolaborasi dengan semua pemegang taruh, persatuan, dewan perniagaan dan organisasi antarabangsa dalam usaha membantu syarikat Malaysia menerokai pasaran global. Sejajar dengan agenda ini, MATRADE telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan badan dan institusi dalam dan luar negara bagi memanfaatkan kekuatan dan keupayaan pihak yang terlibat bagi faedah bersama. Tan Sri Dr. Halim Mohammad Pengerusi MATRADE PEMULIHAN LEBIH PANTAS Melangkah ke hadapan, dijangka tahun 2022 adalah lebih baik meskipun terdapat cabaran dari segi gangguan rantaian bekalan. Beralih ke fasa endemik, MATRADE akan terus memberikan sokongan kepada semua inisiatif bagi meningkatkan eksport negara. Akhir kata, saya amat menghargai kepercayaan pihak kerajaan dalam mengamanahkan saya sebagai Pengerusi MATRADE. Saya akan terus memberikan komitmen untuk memastikan organisasi ini mampu mencapai segala matlamat yang telah digariskan. Saya juga merakamkan penghargaan kepada pihak berkepentingan terutamanya Menteri Kanan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahli Lembaga Pengarah dan warga MATRADE yang bertungkus-lumus dan bekerjasama erat dalam menjayakan segala inisiatif organisasi ini sepanjang tahun 2021. Sekian, terima kasih.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0