Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 104 KHIDMAT NASIHAT Sebagai agensi promosi perdagangan MATRADE bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat dan menyalurkan maklumat terkini serta relevan berkaitan eksport. Walaupun masih dibelenggu pandemik, MATRADE tetap komited menganjurkan 22 program jangkauan sepanjang tahun 2021. Ini merangkumi enam (6) program kolaborasi dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan dan swasta, persatuan serta dewan perniagaan antaranya Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), SIRIM Berhad dan PETRONAS. Sebahagian program kolaborasi ini diadakan secara maya melalui platform webinar. MATRADE mengambil inisiatif menganjurkan eNational Export Day (eNED) secara maya dari 13 – 15 Julai 2021 bagi menggalakkan eksport negara ke arah pemulihan ekonomi. Sesi Dialog yang di adakan semasa eNED 2021 di antara pemain industri dan syarikat Malaysia membincangkan isu digitalisasi dan kelestarian, dua agenda utama negara. Sesi mengenai digitalisasi melalui penggunaan platform dalam talian mengutarakan idea dan strategi bagi penggunaan eDagang yang lebih optimum. Ini adalah penting dalam mempercepatkan lagi pemasaran produk dan perkhidmatan merentasi sempadan. MATRADE juga mengendalikan Daftar Pengeksport Malaysia (MER), iaitu sebuah pangkalan data yang mengumpulkan maklumat syarikat Malaysia yang berdaftar dengan MATRADE sama ada sedang mengeksport atau sedia untuk mengeksport. Data ini akan sentiasa dikemas kini oleh syarikat atau MATRADE. Pangkalan data ini digunakan untuk tujuan menyebarkan maklumat mengenai program dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MATRADE termasuk risikan pasaran. Keahlian adalah percuma dan pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian. Sebanyak 26,753 syarikat Malaysia telah berdaftar dengan MER sehingga 31 Disember 2021. Usaha akan diteruskan untuk meningkatkan bilangan syarikat Malaysia yang berdaftar bagi memastikan lebih ramai memanfaatkan perkhidmatan MATRADE. MATRADE turut menyokong penganjuran Tradex Exponanza of the World 2021 (Tradex 2021), sebuah pameran perdagangan yang memfokuskan kepada sektor makanan dan minuman, kecantikan dan fesyen, seni kreatif dan kraf tangan, gajet serta perabot. Acara ini diadakan bagi merancakkan perniagaan PMKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Sejumlah 100 pempamer telah menyertai Tradex 2021 termasuk 30 PMKS di bawah astaka MATRADE. Selain aktiviti jualan, acara demonstrasi masakan oleh chef-chef terkenal, aktiviti sukan kanak-kanak dan persembahan konsert melibatkan artis tempatan turut diadakan pada pameran tersebut. Sempena Tradex 2021, MATRADE juga berkolaborasi dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menganjurkan Karnival Kerjaya. Sebanyak 24 majikan telah mengambil bahagian dengan menawarkan kekosongan jawatan dan seramai 140 peserta telah ditemu duga secara bersemuka. Enam (6) kementerian dan agensi iaitu MITI, MIDA, MPC, PERKESO, MyFutureJobs dan MyIPO turut serta membuka Kaunter Informasi masing-masing di Tradex untuk menyebarkan maklumat serta khidmat nasihat dalam kalangan usahawan dan syarikat Malaysia dalam membina serta mengembangkan rangkaian perniagaan mereka. Bagi mempromosikan perkhidmatan MATRADE dalam kalangan persatuan dan dewan perniagaan, MATRADE telah memberikan taklimat serta membuka Kaunter Informasi MATRADE di ITF, persidangan serta seminar termasuk Star Outstanding Business Awards 2021 (SOBA), Minggu Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) 2021, SMIDEX 2021, International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2021 (IGEM), Malaysia International Halal Showcase 2021 (MIHAS), MyAERO Summit, Malaysia International Dive Expo (MIDE) 2021, Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 2021, Majlis Pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB) 2021 dan Festival Usahawan Wanita (Rise Together 2021). MATRADE juga bertanggungjawab dalam memberi maklum balas kepada semua pertanyaan sama ada secara bersemuka (walk-in), panggilan telefon, emel di info@ matrade.gov.my atau melalui sistem pertanyaan perdagangan sebelum disalurkan ke bahagian, seksyen atau unit lain yang berkenaan. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 104 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0