Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 83 MATRADE bekerjasama dengan organisasi antarabangsa dan tempatan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan kerjasama promosi perdagangan dan meluaskan akses pasaran. Pada tahun 2021, sebanyak 29 MoU yang ditandatangani oleh MATRADE masih berkuat kuasa. Daripada jumlah tersebut, 26 MoU dimeterai bersama organisasi antarabangsa manakala tiga (3) lagi MoU bersama entiti Malaysia. Objektif utama kerjasama ini adalah untuk mempromosikan eksport Malaysia melalui kerjasama semasa penganjuran program seperti misi perdagangan dan pelaburan (TIM), misi akselerasi eksport (EAM), seminar perniagaan, penyertaan dalam pameran perdagangan, pengedaran jemputan penyertaan dalam acara, mengatur sesi padanan perniagaan. Penyertaaan program perkongsian dan penempatan pegawai serta mengambil bahagian sebagai penceramah di dalam seminar dan webinar. MoU yang ditandatangani dikaji setiap tahun bagi memastikan pelaksanaan program dan kerjasama yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak dilaksanakan demi kepentingan bersama. MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) 29 MoU ditandtangani Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 83 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0