Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 77 Sehingga kini, penularan pandemik dan ketegangan geopolitik membuka peluang baharu kepada syarikat Malaysia dalam sektor E&E, ICT dan M&E. Permintaan yang tinggi dari pelbagai negara menunjukkan Malaysia menjadi sumber alternatif pilihan bagi pengimport mempelbagaikan rantaian bekalan di rantau Asia untuk memenuhi permintaan global. Susulan perkembangan ini, MATRADE meneruskan usaha mengatur sesi padanan perniagaan antara syarikat Malaysia dan pengimport luar negara. Langkah itu selaras dengan keutamaan bagi mengekalkan perhubungan dan momentum pertumbuhan perniagaan dalam tempoh pandemik. Syarikat Malaysia berjaya menerima permintaan tinggi bagi produk E&E iaitu perkakasan elektrik dan perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) khususnya dari negara ASEAN. Perkara ini adalah hasil peranan dimainkan MATRADE dengan membantu syarikat pengimport mengenal pasti syarikat Malaysia berkemampuan serta menepati spesifikasi yang ditetapkan. Pertumbuhan permintaan terhadap produk elektronik disokong oleh inovasi teknologi dan transformasi digital. Perkembangan ini meningkatkan permintaan komponen elektronik khususnya semikonduktor yang digunakan di dalam pelbagai produk seperti komputer riba, konsol permainan video, telefon pintar, sistem berasaskan pelayan, rumah pintar, akses Wi-fi, wearables dan peranti storan data komputer. SEKTOR ELEKTRIK & ELEKTRONIK, ICT, JENTERA & PERALATAN Sektor ICT turut mendapat permintaan tinggi dari rantau Asia dan Amerika khususnya bagi perkhidmatan ICT seperti solusi fintech, aplikasi berasaskan digital serta perkhidmatan permainan video dan siri animasi bagi penyumberan luar. Peningkatan permintaan global untuk perkhidmatan ICT termasuk kandungan kreatif yang membolehkan perniagaan dibuat secara dalam talian adalah berterusan susulan pandemik yang turut didorong oleh keperluan bekerja dari rumah, pembelajaran secara dalam talian, hiburan di rumah, permainan video dan lain-lain. Secara tidak langsung, trend ini memberi manfaat kepada syarikat ICT Malaysia dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Bagi sesi padanan perniagaan sepanjang tahun 2021, permintaan tinggi bagi perkhidmatan ICT dan kandungan kreatif diterima dari negara di Asia Timur. Sebanyak 87 sesi padanan perniagaan yang melibatkan syarikat E&E, ICT dan M&E berjaya diselaraskan secara maya Daripada jumlah tersebut, 52 sesi padanan perniagaan melibatkan sektor ICT manakala 30 lagi sektor E&E dan lima (5) bagi M&E. SEKTOR PENGANGKUTAN & LOGISTIK MATRADE sentiasa komited dalam mempromosikan sektor pengangkutan dan logistik untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing serta mapan. Bagi memenuhi permintaan luar negara, MATRADE telah menyelaras sebanyak 28 sesi padanan perniagaan secara maya melibatkan 20 pengimport dari benua Eropah, Amerika Selatan, ASEAN, Oceania, Asia Selatan dan Asia Timur serta penyertaan daripada 28 syarikat Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 17 sesi padanan perniagaan diaturkan bagi sektor automotif dan alat ganti serta komponen, lima (5) bagi sektor aeroangkasa, satu (1) bagi sektor maritim dan lima (5) melibatkan sektor logistik. Secara keseluruhan, sektor automotif dan alat ganti serta komponen menerima permintaan tinggi atas faktor ketersediaan alat ganti dalam pasaran (aftermarket spares parts) yang berkualiti dan tulen daripada pembekal Malaysia. 87 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 77 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0