Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 59 SEKTOR MINYAK & GAS, KIMIA & TENAGA Abu Dhabi International Petroleum Exhibition & Conference (ADIPEC) 2021 LOKASI Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu TARIKH 15 – 18 Nov 2021 NAMA PROGRAM Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan antara 10 negara pengeluar minyak mentah terbesar dunia. Hasil minyak dan gas menyumbang sebanyak 30 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) UAE. Negara itu juga mempunyai rizab gas asli ketujuh terbesar dunia. Secara tidak langsung, UAE menawarkan peluang besar dalam industri minyak dan gas serta menggalakkan pelaburan asing dalam sektor ini. Landskap ekonomi terkini yang lebih mencabar dengan situasi pandemik berterusan tidak menjejaskan minat syarikat-syarikat minyak dan gas Malaysia dalam merebut peluang eksport terutamanya di rantau Timur Tengah. Perkara ini terbukti dengan penyertaan sebanyak 16 buah syarikat minyak dan gas Malaysia dalam pameran Abu Dhabi International Petroleum Exhibition & Conference 2021 ADIPEC 2021 di bawah astaka Malaysia. Tahun 2021 merupakan edisi ketujuh MATRADE menganjurkan astaka Malaysia pada program ADIPEC. ADIPEC 2021 yang diadakan dari 15 - 18 November 2021 di Abu Dhabi National Exhibition Centre, Abu Dhabi, UAE merupakan acara ikonik sektor minyak dan gas serta pameran perdagangan antarabangsa terpenting di Timur Tengah. Pada pameran berkenaan, syarikat Malaysia menawarkan produk dan perkhidmatan seperti fabrikasi peralatan proses minyak dan gas, perkhidmatan kejuruteraan, perkhidmatan mekanikal, penyelesaian kejuruteraan, perkhidmatan pematuhan perlindungan letupan, perkhidmatan pemeriksaan dan pembersihan saluran paip serta penyelesaian Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE). Sebanyak 302 sesi padanan perniagaan berjaya diatur dengan wakil-wakil syarikat minyak dan gas terkemuka dunia dan firma minyak negara seperti Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan Bahrain Petroleum Company (BAPCO). Syarikat Malaysia juga mengambil bahagian dalam sesi padanan perniagaan individu bersama ADNOC bagi mendaftar sebagai pembekal ADNOC serta BAPCO dalam usaha mengembangkan peluang perniagaan di Bahrain. Syarikat Malaysia yang menyertai pameran ini telah menerima maklum balas positif daripada pengunjung dan padanan perniagaan turut berjaya diaturkan. Dalam pameran ini, syarikat Malaysia menawarkan produk dan perkhidmatan antaranya perkhidmatan pembinaan jalan raya dan perancah pembinaan (scaffolding). Industri pembinaan di UAE merupakan sektor kedua terbesar selepas Arab Saudi dengan nilai anggaran sebanyak USD101.45 bilion pada tahun 2020. Nilainya dijangka mencecah kepada USD133.53 bilion pada tahun 2026. Pasaran perumahan dan komersial di UAE dijangka mendapat permintaan tinggi bagi menampung kemasukan pelancong asing ke negara itu. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 59 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0