Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 69 EAM ke Vietnam LOKASI Ho Chi Minh City & Hanoi, Vietnam TARIKH 23 – 25 Nov 2021 NAMA PROGRAM Vietnam merekodkan pertumbuhan KDNK yang positif beberapa tahun kebelakangan ini walaupun ekonomi di seluruh dunia terkesan akibat pandemik dan konflik geopolitik. Negara ini mempunyai populasi yang muda di mana 65% daripada 96 juta rakyatnya berusia di bawah 35 tahun. Vietnam dikenal pasti sebagai pasaran sasaran di ASEAN bagi syarikat Malaysia mengeksport produk dan perkhidmatan mereka. MATRADE menyelaras penyertaan 17 syarikat Malaysia di dalam misi secara maya melibatkan komuniti perdagangan Vietnam dari Ho Chi Minh City, Hanoi dan beberapa wilayah di sekitarnya. Misi ini mempromosikan tiga (3) sektor utama iaitu mesin dan komponen, kosmetik dan produk penjagaan diri serta produk makanan dan minuman. Sebanyak 142 sesi padanan perniagaan diaturkan di antara syarikat Malaysia dengan pengimport berpotensi. Produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan di Vietnam antaranya adalah ekstrak tumbuhan semula jadi bagi penghasilan makanan dan ubatan, produk penjagaan kulit dan rambut serta mesin pembuat ais bagi kegunaan industri. MATRADE juga menganjurkan sesi webinar berkaitan maklumat pasaran terkini, maklumat berkaitan peluang perniagaan dan prosedur pendaftaran produk di Vietnam. Misi ini berjaya meningkatkan akses pasaran untuk mempromosi produk dan perkhidmatan Malaysia ke pasaran Vietnam melalui sesi padanan perniagaan maya dan online pitching di antara komuniti perdagangan kedua-dua negara. Program ini dilaksanakan sebagai persediaan awal untuk World Expo 2025 yang akan berlangsung di Osaka, Jepun bagi membolehkan syarikat Malaysia memperolehi peluang perniagaan sempena acara yang berprestij tersebut. Di samping itu, misi ini juga dapat memberi pendedahan mengenai pasaran Jepun kepada syarikat Malaysia. Salah satu peluang yang boleh diterokai adalah bekalan bahan binaan sejajar dengan aspirasi Jepun untuk mewujudkan bandar moden dan pintar. Dengan memanfaatkan matlamat pembangunan mampan yang meliputi aspek keterangkuman (inclusiveness), syarikat boleh menerokai peluang dalam sektor berkaitan produk dan perkhidmatan mesra Muslim, Halal, gaya hidup dan sains hayat, teknologi hijau, produk lestari dan ICT yang semakin meningkat permintaannya. 15 syarikat Malaysia dan satu Agensi Kerajaan telah menyertai EAM yang dilaksanakan secara maya. Misi ini telah berjaya mempromosikan keupayaan dan kepakaran Malaysia dalam menghasilkan produk yang unik dan berkualiti tinggi ke pasaran Jepun. Lebih 70 sesi padanan perniagaan dan sesi pitching telah diaturkan di antara syarikat Malaysia dan pembeli berpotensi dari Jepun. Antara produk dan perkhidmatan yang mendapat sambutan adalah produk perabot buatan kayu, produk pertanian dan hasilan segar, pemasaran digital, produk makanan sihat, perkhidmatan perundingan dan teknologi. Selain itu, sesi perkongsian berkaitan maklumat pasaran telah dibentangkan oleh Osaka International Business Promotion Centre (IBPC Osaka), !e Malaysia-Japan Economic Association (MAJECA) dan pejabat MATRADE di Jepun. Beberapa syarikat Jepun yang terkenal turut sama berkongsi maklumat bernas mengenai industri tertentu termasuk garis panduan kepada syarikat Malaysia untuk memasuki pasaran Jepun. Syarikat Malaysia juga digalakkan untuk memanfaatkan peluang eksport hasil limpahan ekonomi daripada World Expo 2025. Persekutuan perniagaan terbesar di Wilayah Kansai iaitu Persekutuan Ekonomi Kansai (KANKEIREN) turut menyokong acara tersebut dengan berkongsi peluang baharu dan potensi kerjasama termasuk sesi pitching perniagaan yang dihadiri syarikat besar di wilayah itu seperti Marubeni, Mitsui dan sebagainya. Pejabat Bandar Izumisano turut serta memberi penerangan mengenai perkembangan dan peluang terkini di bandar Izumisano (bandar terdekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai). Datuk Bandar Izumisano juga menyokong dan mengalu-alukan perkongsian perniagaan baharu. SP Setia Berhad yang sedang membangunkan projek pertama mereka di Jepun berpangkalan di bandar Izumisano turut berkongsi peluang kolaborasi yang bersesuaian kepada peserta program. Sepanjang misi tiga (3) hari itu, pejabat MATRADE di Osaka turut menjemput komuniti perniagaan dari wilayah Kansai untuk turut hadir secara fizikal di lokasi khusus yang ditetapkan sepanjang program tersebut dijalankan manakala sebahagian lain mengikuti program secara dalam talian. Sesi padanan perniagaan secara dalam talian yang diadakan semasa misi tersebut telah dihadiri beberapa wakil syarikat utama Jepun terdiri daripada Panasonic, Mitsui Bussan, Marubeni, Kobe Bussan, Nikkei, wakil dari pasar raya, pemain industri pembinaan dan perabot serta lain-lain. EAM maya sempena World Expo 2025 LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 9 – 11Nov 2021 NAMA PROGRAM 70 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 69 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0