Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 101 PROGRAM PEMBANGUNAN KAPASITI PENGEKSPORT PROGRAM GLOBPRENEUR Tahun 2021 menyaksikan pelbagai cabaran yang dihadapi oleh syarikat PKS terutama yang diakibatkan oleh penularan COVID-19. Dalam tempoh ini, MATRADE meneruskan bantuan dan membimbing PKS melalui program GlobPreneur di bawah inisiatif Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA). Program GlobPreneur ini adalah inisiatif bagi mengurangkan jurang eksport dan bilangan pengeksport PKS di antara empat (4) negeri terkemuka iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang yang menyumbang 70% daripada jumlah eksport Malaysia pada tahun 2020. Program kerjasama bersama kerajaan negeri sasaran ini adalah untuk menangani ketidakseimbangan bilangan pengeksport PKS di antara negeri dan membantu PKS menceburi aktiviti eksport. Bagi tahun 2021, MATRADE telah mengadakan program jangkauan bersama lima (5) kerajaan negeri dan agensi keusahawanan di Melaka, Perak, Kedah, Perlis dan Sabah. Program ini meliputi empat (4) aktiviti utama iaitu : a. Pengambilan - Capaian kepada PKS yang berpotensi dan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan entiti lain yang berkaitan untuk mengenal pasti dan menilai syarikat berpotensi bagi program tersebut. b. Diagnostik & pembinaan kapasiti – Membantu syarikat dalam menyediakan strategi eksport, menyediakan latihan yang relevan melalui program pembinaan kapasiti MATRADE dengan unsur-unsur inovasi, pengkomersialan penyelidikan dan pembangunan serta kemampanan, termasuk untuk membimbing PKS terpilih untuk mematuhi pensijilan dan piawaian antarabangsa. c. Menembusi pasaran - Terlibat dalam program promosi eksport MATRADE dan / atau program penembusan pasaran yang sesuai untuk PKS terpilih. d. Pengesanan impak, maklum balas dan pelaporan – Untuk memastikan PKS yang terpilih akan dibimbing dengan betul dan dipantau dengan sewajarnya untuk kejayaan eksport. PROGRAM KELESTARIAN Bagi memastikan PKS memenuhi piawaian kelestarian antarabangsa, MATRADE menjalinkan kerjasama bersama SIRIM dan CIMB Group dengan menganjurkan empat (4) program webinar berkaitan kelestarian sepanjang tahun 2021. Ini bagi meningkatkan kefahaman PKS untuk keperluan kelestarian dan mempraktikkannya bagi memenuhi kehendak pasaran eksport. Kelestarian eksport termasuklah produk dan perkhidmatan yang dibekalkan bersifat mesra alam, bebas daripada bahan yang mencemarkan serta memenuhi piawaian dan mendapat pensijilan hijau. Kerjasama ini adalah bertujuan untuk membantu pengeksport PKS sektor hijau Malaysia untuk : a. Mengenal pasti, memupuk dan mempromosikan produk dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa; b. Kekal berdaya saing dalam pasaran melalui transformasi digital; dan c. Menerima pembiayaan menyeluruh bagi menembusi pasaran eksport. MATRADE juga bekerjasama dengan rakan-rakan strategik di mana satu (1) Perjanjian Kerjasama (MoC) telah dimeterai bersama Malaysian Green Technology Corporation and Climate Change Centre (MGTC) dan CIMB Islamic Bank Berhad, bertujuan untuk membangun dan mempromosi pengeksport Malaysia yang terlibat dalam amalan serta produk dan perkhidmatan hijau. PROGRAM ALUMNI GO-EX Program ini bertujuan bagi memperkasakan 287 PKS yang telah menyertai program Go-Ex. MATRADE meneruskan khidmat nasihat dan bimbingan kepada syarikat Alumni Go-Ex di dalam program kelestarian di mana sebanyak lima (5) siri webinar telah dianjurkan pada tahun 2021. Dalam usaha melangkah ke hadapan, MATRADE akan memastikan PKS Malaysia kekal relevan dan berjaya menangani keperluan pasaran antarabangsa dari semasa ke semasa. Syarikat permulaan yang berpotensi untuk eksport akan dikenal pasti serta pengkomersialan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan melalui penyelidikan dan pembangunan akan diketengahkan di pasaran antarabangsa. PROGRAM PEMBANGUNAN SYARIKAT PERINGKAT PERTENGAHAN Pada tahun 2021, Program Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (MTCDP) dilaksanakan menerusi dua komponen utama: I. Pembangunan Syarikat Peringkat Pertengahan (SPP) baharu; dan II. Program “Ramp-Up” SPP sedia ada. Pelaksanaan MTCDP dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akan terus memanfaatkan SPP Malaysia dalam menjadikan mereka sebagai kelompok yang berdaya saing serta mampan dan sebagai juara eksport di peringkat serantau dan global. PEMBANGUNAN SPP BAHARU Sebanyak 27 SPP baharu dari pelbagai sektor seperti gaya hidup, minyak & gas serta makanan & minuman telah diterima untuk menyertai Wave 8 yang akan bermula pada tahun 2022. SPP baharu ini terdiri daripada sektor pembuatan (14 SPP) dan perkhidmatan (13 SPP) dari seluruh pelosok negara. SPP ini terdiri daripada sektor pembuatan dengan nilai jualan daripada RM50 juta sehingga RM500 juta dan sektor perkhidmatan dengan nilai jualan daripada RM20 juta sehingga RM500 juta. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 101 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0