Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 113 AXG Industries Sdn Bhd Ditubuhkan pada 2010, AXG merupakan PKS pengeluar sarung tangan yang telah berkembang pesat di mana produk utama syarikat ialah sarung tangan perubatan lateks dan nitril dengan kapasiti pengeluaran sebanyak setengah bilion unit setahun. Syarikat adalah satu-satunya pengeluar sarung tangan getah yang menggunakan 100 peratus khidmat pekerja tempatan. Sarung tangan keluaran syarikat adalah daripada gred makanan yang diperakui dengan pematuhan piawaian ISO, CE dan FDA. Syarikat juga memiliki fasiliti perkilangan yang lengkap untuk menjamin tahap kualiti produk walaupun berstatus PKS. Bagi menjaga alam sekitar, AXG telah melancarkan inisiatif hijau iaitu dengan menandatangani kontrak sistem panel solar di bawah Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM). Syarikat telah berdaftar dengan MATRADE semenjak penubuhannya dan aktif menyertai pelbagai ITF, padanan perniagaan dan lain-lain aktiviti promosi eksport yang dianjurkan oleh MATRADE. Dengan sokongan 46 pejabat pesuruhjaya perdagangan MATRADE di seluruh dunia, syarikat telah berjaya memperluaskan lagi pasaran eksportnya. Queenspree Queenspree ialah peruncit eDagang untuk produk kelengkapan dapur berkualiti tinggi jenama tempatan dan antarabangsa yang memanfaatkan teknologi dan proses untuk mencipta pengalaman membeli-belah dalam talian yang terbaik. MoU yang dimeterai antara Queenspree dan Syarikat pembekal di Eropah telah membuka jalan bagi Queenspree untuk berkembang dan menjadi hab pengedaran jenama-jenama terkenal dari Eropah di Malaysia dan di rantau Asia Tenggara. MATRADE membantu Queenspree mengenalpasti dan menjalankan aktiviti perdagangan dengan syarika pembekal utama di Eropah serta membina hubungan perdagangan yang erat dan mapan. Selain itu MATRADE juga memberi khidmat nasihat dalam usaha Queenspree melebarkan sayap di rantau Asia Tenggara. Amazing Engineering Sdn Bhd Amazing Engineering Sdn Bhd memulakan operasinya pada Ogos 2012 sebagai pakar di dalam bidang penapisan udara pelbagai industri seperti HVAC, mikroelektronik, loji penjanaan kuasa, lapangan terbang, makmal dan hospital. Syarikat dikendalikan oleh pasukan profesional yang berpengalaman dalam perkhidmatan dan pengendalian perniagaan serantau, terutamanya di rantau Asia dan Oceania. Syarikat mempunyai kepakaran dan kemahiran teknikal dalam menawarkan penyelesaian praktikal untuk aplikasi penapisan udara. Syarikat juga membekalkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi piawaian dan kriteria antarabangsa, serta memberi standard perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Pejabat MATRADE Melbourne telah menghubungkan syarikat dengan pembeli dari Australia untuk produk penapisan udara bagi aplikasi HVAC (bangunan domestik & komersial) dalam satu sesi padanan perniagaan secara maya yang membuka peluang perdagangan baharu melalui jalinan usaha sama. Animasia Studio Animasia Studio ditubuhkan sejak tahun 2005 dan merupakan syarikat berstatus MSC Malaysia yang mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang animasi. Sebagai salah satu studio animasi terkemuka di Asia Tenggara, syarikat telah berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij, menerajui produk & perkhidmatan animasi ke peringkat antarabangsa. Syarikat menyediakan perkhidmatan animasi meyeluruh bermula dari prapengeluaran, pengeluaran penuh hingga penggubahan akhir termasuk menukar format kandungan kaku (still life) kepada produk animasi. Animasi keluaran syarikat seperti Chuck Chicken, Harry Bunnie, Bola Kampung, ABC Monsters, Balla Bowl, Magiki, Supa Strikas telah mendapat liputan siaran antarabangsa seperti di platform Netflix, Disney, Cartoon Network (Warner Media), Nickelodeon (Viacom), Youtube Premium Channel, CCTV China dan Al Jazeera Kids Channel. Syarikat merupakan penerima MDG MATRADE untuk ITF yang disertai seperti MIPCOM (Perancis), Kidscreen (AS), HK Filmart / Licensing Show (Hong Kong), Asia TV Forum (Singapura), dan Vegas Licensing Show. Di samping itu, program eBizMatch yang diaturkan oleh MATRADE telah berjaya menghubungkan syarikat dengan rakan kongsi perniagaan dari Amerika Latin. MIT Innovation Sdn Bhd MIT ialah pereka, pengilang dan penyedia produk dan perkhidmatan dalam industri minyak dan gas huluan, yang menggabungkan teknologi global serta kepakaran tempatan. Kekuatan utama MIT adalah dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengetahuan teknikal dan kejuruteraan dalam menghasilkan teknologi pintar baharu. Inovasi ini mampu meningkatkan ekonomi penggerudian dalam industri minyak dan gas huluan. MIT telah berada di pasaran antarabangsa sejak tahun 2018 di mana produknya iCWD, telah menerima banyak anugerah berprestij termasuk Spotlight on New Technology Award oleh OTC, Supreme Award of MCY oleh MOSTI, Good Design Award dari Tokyo, Jepun dan banyak lagi. Produk syarikat yang telah dieksport ke Abu Dhabi, Amerika Syarikat, Afrika Selatan, !ailand, Brunei dan Indonesia turut menaikkan nama Malaysia di pasaran global sebagai penyedia teknologi, dan penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. MATRADE mempunyai hubungan yang baik dengan syarikat di mana khidmat nasihat eksport dan pemasaran produk telah diberikan dan melalui penyertaan di dalam ITF seperti Abu Dhabi International Petroleum Exhibition and Conference (ADIPEC) anjuran MATRADE, syarikat telah berjaya meluaskan pasarannya di peringkat antarabangsa. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 113 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0