Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 60 Pameran China International Import Expo (CIIE) yang diadakan di Shanghai merupakan salah satu pameran antarabangsa terbesar tahunan dianjurkan oleh kerajaan China sejak tahun 2018. MATRADE telah mengambil bahagian dalam pameran ini pada tahun 2018, 2019 dan 2021. Pameran tersebut berfungsi sebagai platform penting untuk China membuka dan meningkatkan kerjasama ekonomi antarabangsa serta meneruskan komitmen perjanjian perdagangan bebas yang disertainya. CIIE 2021 telah mencatatkan kehadiran lebih 480,000 pengunjung sepanjang tempoh pameran tersebut berlangsung. Pameran ini merupakan sebuah platform yang strategik untuk syarikat Malaysia menonjolkan kemampuan dan kapasiti dalam sektor berteknologi tinggi dan perkhidmatan seperti fesyen eksklusif serta aksesori mewah. Berikutan penularan wabak COVID-19 yang membimbangkan di China pada masa itu, CIIE 2021 diadakan secara format hibrid dengan SEKTOR PELBAGAI China-ASEAN Expo (CAEXPO) merupakan salah satu pameran perdagangan antarabangsa terbesar di China. Acara tahunan yang diadakan di Nanning, Wilayah Guangxi, China disertai semua negara ASEAN dan syarikat tempatan dari seluruh China. CAEXPO menjadi landasan terkemuka yang mengintegrasikan kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau melalui Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (ACFTA). Tahun 2021 merupakan penyertaan Malaysia yang ke-18 dalam pameran itu sejak tahun 2004. Ia dianjurkan secara hibrid ekoran sekatan perjalanan kerana pandemik. Pameran secara fizikal diadakan di Nanning International Convention & Exhibition Centre (NICEC) dan dalam masa sama pameran maya turut diadakan. CAEXPO 2021 membawa tema Advancing Quality BRI Cooperation, Promoting Sustainable Development, bersempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan hubungan kerjasama ASEAN dan China yang membawa mesej pembangunan ekonomi mapan serta praktikal. MATRADE telah menyelaras penyertaan 58 syarikat Malaysia di CAEXPO 2021 dengan 39 daripada syarikat tersebut menghantar wakil mereka yang berada di China untuk menyertai pameran secara fizikal. Sementara itu, sebanyak 19 syarikat Malaysia termasuk di bawah seliaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pula menyertai pameran secara maya. Barangan dan perkhidmatan yang dipromosikan antaranya ialah produk penjagaan kesihatan, gaya hidup serta makanan dan minuman. CAEXPO 2021 turut mendapat sokongan penyertaan wakil Agensi Kerajaan Malaysia yang lain di China seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Education Malaysia (EM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di astaka Malaysia. Di samping itu, MATRADE juga bekerjasama dengan China Construction Bank (CCB) dan sekretariat CAEXPO dalam penganjuran secara maya 3rd China – Malaysia B2B Business Meeting Session. Program tersebut berjaya menyelaras lebih 100 sesi padanan perniagaan untuk pempamer Malaysia di CAEXPO. MATRADE juga mengadakan sesi penstriman secara langsung seiring dengan sesi padanan perniagaan fizikal yang dijalankan di astaka Malaysia. Sesi penstriman langsung yang pertama kali diperkenalkan di astaka Malaysia berjaya meraih minat lebih dua (2) juta penonton. astaka Malaysia dipamerkan secara maya manakala kluster industri menyertai pameran fizikal. Sebanyak 58 negara termasuk Malaysia menyertai platform digital yang disediakan manakala enam (6) sektor di bawah kluster industri dengan tapak pameran seluas 366,000 meter persegi disertai 3,000 pempamer dari 127 negara. MATRADE menyelaraskan penyertaan tujuh (7) syarikat yang mempromosi produk berteknologi tinggi dan fesyen eksklusif di bawah penyertaan kluster Intelligent Industry & Information Technology Cluster dan Consumer Goods. Sebanyak 280 sesi padanan perniagaan berjaya diaturkan dengan pembeli dari China. Produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi antaranya adalah pembungkusan, portfolio uji untuk industri berteknologi tinggi, barang kemas eksklusif dan fesyen busana anggun. The 4TH China International Import Expo (CIIE) LOKASI Shanghai, China TARIKH 5 - 10 Nov 2021 NAMA PROGRAM The 18th China ASEAN Expo (CAEXPO) 2020 LOKASI Nanning, China TARIKH 10 – 13 Sep 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 60 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0