Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 28 PRESTASI PERDAGANGAN MALAYSIA 2021 Tahun 2021 menyaksikan prestasi perdagangan dunia yang kembali kukuh setelah mengalami kerencatan rantaian bekalan global serta ketidaktentuan ekonomi yang tercetus akibat pandemik COVID-19. Di sebalik pelbagai cabaran, komuniti perniagaan Malaysia masih berdaya saing dan menyumbang kepada peningkatan aktiviti perdagangan, didorong oleh permintaan global yang kukuh. Perdagangan Malaysia tahun 2021 merekodkan satu lagi pencapaian baharu apabila buat julung kalinya melepasi aras RM2 trilion serta mencatatkan pertumbuhan terpantas sejak 1994. Perdagangan pulih dengan pertumbuhan dua digit sebanyak 24.9% kepada RM2.228 trilion berbanding tahun 2020, setelah mencatatkan penurunan selama dua tahun berturut-turut. Eksport berkembang sebanyak 26.1% kepada RM1.241 trilion, mencapai 99% daripada unjuran yang telah ditetapkan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12) bagi tahun 2025, empat tahun lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan. Import naik 23.3% kepada RM987.34 bilion dan lebihan dagangan meningkat 38.4% kepada RM253.68 bilion, merupakan lebihan dagangan yang ke-24 tahun berturut-turut sejak 1998. Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan mencatatkan nilai yang tertinggi setakat ini. Pencapaian ini telah disokong terutamanya oleh permintaan luar yang kukuh dan harga komoditi yang lebih tinggi. China, Singapura, Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Taiwan merupakan lima rakan dagang utama Malaysia pada tahun 2021. Secara keseluruhan, kelima-lima pasaran ini merangkumi 52.6% atau RM1.172 trilion daripada jumlah perdagangan Malaysia. China merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia, diikuti oleh Singapura, AS, Hong Kong SAR dan Jepun. Kelima-lima pasaran ini menyumbang 53.3% atau RM661.21 bilion kepada jumlah eksport negara. Manakala, lima sumber utama import adalah China, Singapura, Taiwan, AS dan Jepun yang secara kolektif menyumbang 55.4% atau RM546.52 bilion kepada jumlah keseluruhan import Malaysia. Pada tahun 2021, eksport barangan perkilangan, keluaran pertanian dan hasil galian mencatatkan pertumbuhan dua digit. Eksport barangan perkilangan berkembang 25.8% berbanding tahun 2020, melepasi aras RM1 trilion buat pertama kali dengan jumlah RM1.068 trilion. Ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan, mewakili 86.1% daripada jumlah eksport. Barangan elektrik dan elektronik (E&E) merupakan penyumbang terbesar kepada komposisi eksport dengan 36.7% syer atau RM455.95 bilion, bertambah sebanyak 18%. Peningkatan ini disumbangkan oleh permintaan yang kukuh bagi semikonduktor berikutan peningkatan trend bekerja dan pembelajaran secara atas talian serta pendigitalan perniagaan. RAKAN DAGANG UTAMA 12% Singapura 5.2% Taiwan * syer 18.9%* China 9.7% AS 6.7% Jepun 52.6% daripada perdagangan Mewakili Matrade 2021 - BAB 2.indd 28 21/11/2022 11:39

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0