Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 111 MIHAS 2021 Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) merupakan program utama anjuran MATRADE bagi mengetengahkan pemain industri halal terutamanya PKS ke pasaran antarabangsa. Dengan tema “Memperkasa Halal, Esok, Bersama” (Empowering Halal, Tomorrow, Together), edisi ke-17 yang berlangsung dari 9 September hingga 31 Disember 2021 dianjurkan secara maya sepenuhnya bagi kesinambungan MIHAS yang merupakan platform utama kepada perdagangan halal global. Acara maya ini telah menarik seramai 16,512 pengunjung. Pameran maya ini juga bertujuan memperkukuh fasa pemulihan ekonomi negara dengan menyediakan peluang perniagaan secara digital kepada pemain industri Halal Malaysia. Tiga komponen utama MIHAS 2021 adalah pameran maya produk dan perkhidmatan, Program Penyumberan Antarabangsa (International Sourcing Programme) dan Hab Perkongsian Pengetahuan. Sebanyak 12 kluster utama halal iaitu makanan dan minuman, teknologi makanan, eDagang, kosmetik dan penjagaan diri, farmaseutikal, fesyen santun, pendidikan, kewangan Islam, francais, perkhidmatan dan pemudah cara industri, pelancongan mesra Muslim serta media dan rekreasi disertai oleh 549 pempamer daripada 43 buah negara termasuk Malaysia. eNATIONAL EXPORT DAY 2021 Program eNational Export Day (eNED) yang dianjurkan secara maya dari 13 – 15 Julai 2021 telah melonjakkan penjenamaan MATRADE dalam menggalakkan eksport negara ke arah pemulihan ekonomi. Dua agenda utama negara iaitu digitalisasi dan kelestarian telah diperbincangkan dalam beberapa sesi dialog di antara pemain industri dan syarikat Malaysia. Seiring dengan usaha mempercepatkan lagi pemasaran produk dan perkhidmatan merentasi sempadan, sesi digitalisasi melalui penggunaan platform dalam talian mengutarakan idea dan strategi bagi penggunaan eDagang dengan lebih optimum yang merupakan trend pemasaran terkini. 18TH CHINA-ASEAN EXPO (CAEXPO) 2021 Dalam mengukuhkan jenama Malaysia di persada antarabangsa, MATRADE telah menyertai China-ASEAN Expo (CAEXPO) yang merupakan salah satu pameran perdagangan antarabangsa terbesar di China. Acara tahunan yang diadakan di Nanning, Wilayah Guangxi, China melibatkan penyertaan semua negara ASEAN dan syarikat tempatan dari seluruh China. CAEXPO menjadi landasan terkemuka yang mengintegrasikan kerjasama ekonomi dan perdagangan serantau melalui Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN (ACFTA). Tahun 2021 merupakan penyertaan Malaysia kali ke-18 sejak tahun 2004 dan dilaksanakan secara hibrid dengan tema Advancing Quality BRI Cooperation, Promoting Sustainable Development, bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan hubungan kerjasama antara ASEAN dan China yang membawa mesej pembangunan ekonomi yang mampan dan praktikal. MATRADE telah menyelaras penyertaan 58 syarikat Malaysia di mana 39 syarikat telah menyertai secara fizikal melalui wakil mereka di China. Antara produk dan perkhidmatan yang dipromosikan terdiri daripada produk penjagaan kesihatan, produk gaya hidup serta produk makanan dan minuman. Penjenamaan Malaysia diperkukuhkan lagi dengan penyertaan daripada wakil Agensi Kerajaan Malaysia yang lain di China seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Education Malaysia (EM), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) di astaka Malaysia. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 111 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0