Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 107 Gaya Hidup & Sains Hayat Halal, Makanan & Minuman dan Agro Minyak & Gas, Kimia serta Tenaga E&E, ICT, Jentera & Peralatan Pembinaan & Perkhidmatan Perniagaan Pengangkutan Logistik 18 12 6 5 3 56 % Usaha berterusan oleh MATRADE telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan aktiviti promosi eksport PKS dengan pemberian MDG bagi penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa, tempatan atau luar negara sama ada secara fizikal atau dalam talian, misi akselerasi eksport, persidangan antarabangsa luar negara dan yuran penyenaraian di pasar raya besar luar negara. Bagi mengekalkan daya saing PKS, MATRADE telah memperkenalkan insentif tambahan bermula 15 Julai 2021 sehingga 31 Disember 2021 untuk meringankan kos operasi perniagaan, bantuan kewangan untuk penangguhan/ pembatalan aktiviti promosi eksport, yuran pendaftaran pensijilan antarabangsa, yuran pendaftaran harta intelek dan kos pengiklanan serta promosi. Pada tahun 2021, sebanyak 29 program jangkauan telah dilaksanakan merangkumi taklimat, seminar, kaunter informasi, latihan secara langsung, perbincangan bersama komuniti perniagaan termasuk pihak Kerajaan dan liputan melalui saluran media sosial untuk meningkatkan tahap kesedaran syarikat Malaysia terhadap kewujudan program ini. GERAN PEMBANGUNAN PASARAN Geran Pembangunan Pasaran (MDG) yang diperkenalkan sejak 2002 merupakan inisiatif kerajaan membantu syarikat dan organisasi tempatan menembusi pasaran antarabangsa dengan menggalakkan penyertaan di dalam aktiviti promosi eksport. Melalui MDG, pemberian geran secara bayaran balik sehingga RM300,000 diberi kepada kumpulan sasar bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan di dalam penyertaan aktiviti promosi eksport. MDG disasarkan untuk PKS, persatuan perdagangan dan industri, dewan perniagaan, penyedia perkhidmatan profesional, koperasi serta badan profesional. Sektor yang mendapat manfaat daripada geran adalah: • Gaya hidup & sains hayat; • Halal, makanan & minuman dan agro; • Minyak, gas, kimia & tenaga; • E&E, ICT dan jentera & peralatan; • Pengangkutan logistik; dan • Pembinaan & perkhidmatan perniagaan. Dari segi penerima geran, sektor gaya hidup dan sains hayat mencatat peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 56% diikuti dengan halal, makanan & minuman dan agro sebanyak 18%, minyak dan gas, kimia serta tenaga (12%) , E&E, ICT dan jentera & peralatan (6%), pembinaan dan perkhidmatan perniagaan (5%) serta pengangkutan logistik (3%). JUMLAH PENERIMA GERAN MENGIKUT SEKTOR Sejumlah 1,763 syarikat telah mendapat manfaat daripada pemberian geran yang bernilai RM20.5 juta. Sementara itu, jumlah eksport yang dijana dari pemberian MDG ialah RM4.3 bilion. Usaha membawa lebih banyak syarikat Malaysia ke pasaran antarabangsa akan terus diperkukuhkan dalam fasa pemulihan pandemik COVID-19. Melalui MDG, komuniti perniagaan terbabit berjaya mengeksport ke pasaran antarabangsa seperti negara Amerika Syarikat, Eropah, Republik China, Korea Selatan, Jepun, India, Indonesia dan Filipina. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 107 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0