Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 46 PRESTASI IMPORT Pada tahun 2021, jumlah import Malaysia berkembang 23.3% kepada RM987.34 bilion. Tiga barangan import utama mengikut kategori penggunaan akhir yang menyumbang 74.3% kepada jumlah import negara adalah seperti berikut: • Barangan pengantara bernilai RM545.80 bilion atau 55.3% daripada jumlah import, naik sebanyak 27.2% berbanding tahun 2020, berikutan import yang kukuh bagi bekalan perindustrian yang diproses; • Barangan modal (RM103.82 bilion atau 10.5% daripada jumlah import), meningkat sebanyak 14.4% disumbangkan oleh kenaikan import alat ganti bagi jentera dan kelengkapan mekanikal; dan • Barangan penggunaan (RM83.89 bilion atau 8.5% daripada jumlah import), berkembang sebanyak 13.2% hasil kenaikan import bagi persediaan makanan dan minuman yang diproses. China kekal sebagai sumber import terbesar sejak 2011, diikuti oleh Singapura, Taiwan, AS dan Jepun. Secara kolektif, pasaranpasaran ini menyumbang 55.4% kepada jumlah import. Di samping itu, import dari ASEAN adalah bernilai RM232.68 bilion atau 23.6% daripada jumlah import Malaysia. Import dari EU pula merangkumi 7.8% syer atau RM76.64 bilion. Barangan perkilangan mewakili 86% daripada jumlah keseluruhan import Malaysia. Barangan import utama bagi barangan perkilangan adalah: • Barangan E&E bernilai RM314.55 bilion, mewakili 31.9% syer daripada jumlah import, berkembang sebanyak 24.3% berbanding tahun sebelumnya; • Kimia dan bahan kimia, RM96.55 bilion, 9.8% syer (é30%); • Keluaran petroleum, RM89.55 bilion, 9.1% syer (é49.2%); • Jentera, kelengkapan dan peralatan, RM68.64 bilion, 7% syer (é14.2%); dan • Barangan perkilangan logam, RM54.22 bilion, 5.5% syer (é15.3%). IMPORT RM987.34 bilion 23.3% BARANGAN PENGANTARA RM545.80 bilion 27.2% BARANGAN MODAL RM103.82 bilion 14.4% BARANGAN PENGGUNAAN RM83.89 bilion 13.2% Matrade 2021 - BAB 2.indd 46 21/11/2022 11:42

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0