Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 108 Syarikat yang beroperasi di Selangor merupakan penerima tertinggi iaitu 37%, diikuti oleh syarikat di Johor sebanyak 19%, Kuala Lumpur (12%), Pulau Pinang (10%) dan Perak (9%). JUMLAH PENERIMA GERAN MENGIKUT NEGERI Bagi melonjakkan semula aktiviti ekonomi, kerajaan telah melaksanakan PEMERKASA dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan pada 17 Mac 2021. Lima fokus utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 adalah mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi, memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat serta mentransformasi ekonomi. Dalam hal ini, MATRADE ditugaskan untuk melaksanakan inisiatif yang memberi tumpuan kepada pengembangan pasaran global baharu melalui pemasaran dan pembangunan PKS dan perniagaan di bawah inisiatif ke-13 iaitu menggalakkan pelaburan dan pasaran eksport. Di bawah program ini, siling MDG telah dinaikkan daripada RM300,000 kepada RM500,000 bagi setiap penerima geran. MDG telah membantu PKS mengukuhkan daya saing organisasi untuk menembusi pasaran antarabangsa. PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI (PEMERKASA) Kisah Kejayaan Geran Pembangunan Pasaran K-Farm Sdn. Bhd. Bermula sebagai syarikat pertanian sejak tahun 2009 menanam dan menuai buah belimbing. Syarikat telah berjaya menjana jualan eksport di mana sebahagian besarnya adalah melalui penerokaan di pasaran antarabangsa seperti Belanda, Jerman dan Perancis. Syarikat telah mencapai jualan eksport sebanyak RM2.02 juta pada tahun 2020. Sumisaujana TCM Chemicals Sdn. Bhd. Bermula pada tahun 2012, syarikat merupakan pengeluar produk kimia dan additives dengan nilai tambah yang tinggi serta menyediakan penyelesaian berprestasi tinggi untuk memenuhi keperluan industri minyak. Syarikat yang beribu pejabat di Malaysia juga mempunyai pejabat cawangan di Amerika Syarikat. Antara syarikat yang telah menyertai pelbagai program promosi eksport yang dianjurkan oleh MATRADE dan telah memanfaatkan geran MDG adalah: Syarikat telah berjaya menjana jualan eksport di pasaran antarabangsa seperti !ailand, Indonesia, Myanmar, Brunei, Singapura, China, India, Kuwait, Oman, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Azerbaijan, Australia, Amerika Syarikat, Nigeria, Mozambique, Algeria & Mesir. Syarikat telah mencapai jualan eksport sebanyak RM66.58 juta pada tahun 2021. . Marvel Electronics Industry (M) Sdn. Bhd. Syarikat merupakan pengeluar dan pemasang terulung dalam perniagaan pembesar suara, yang menekankan pengeluaran produk dan perkhidmatan berkualiti premium dengan teknologi yang inovatif dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan pemegang taruh. Syarikat telah berjaya menjana jualan eksport ke pasaran antarabangsa seperti !ailand, Indonesia, Singapura, India dan Oman. Syarikat telah mencapai jualan eksport sebanyak RM1.54 juta pada tahun 2020. Eco Breeze Technologies (M) Sdn. Bhd. Syarikat mempunyai kepakaran dalam reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran kipas angin dan air cooler. Syarikat telah menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Singapura, Hong Kong, Nigeria dan Iraq, dan mencapai jualan eksport sebanyak RM2.94 juta pada tahun 2020. Selangor Perak 9 Kedah 3 Johor 19 Negeri Sembilan 2 Sarawak 2 Melaka 2 2 Terengganu 1 Kuala Lumpur 12 Sabah 1 Pahang 37 (%) Pulau Pinang 10 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 108 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0