Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 71 SEKTOR HALAL, MAKANAN DAN MINUMAN & AGRO MATRADE telah melaksanakan INSP Benua Amerika untuk Minyak dan Gas dari 1 April hingga 31 Disember 2021. Ia disertai enam (6) pejabat MATRADE di seluruh rantau Amerika iaitu Los Angeles, Miami, New York di Amerika Utara manakala Sao Paulo, Santiago, Mexico City di Amerika Selatan. Pejabat MATRADE yang lain juga telah memperkenalkan pembeli dari negara Eropah, !ailand, India, Nigeria dan Kuwait. Program INSP ini menggantikan penyertaan MATRADE dalam astaka negara di Offshore Technology Conference (OTC) Houston 2021 berikutan penutupan sempadan. Bagaimanapun, bagi menyokong program INSP tersebut, MATRADE Los Angeles telah menyertai OTC Houston dalam bentuk kaunter promosi dari 16 hingga 19 Ogos 2021 untuk bertemu dengan pembeli di pameran tersebut. Untuk menarik minat pembeli dari Amerika Selatan menyertai INSP ini, MATRADE Sao Paulo menganjurkan lawatan ke Rio de Janeiro dari 8 hingga 9 November 2021 bagi pertemuan dengan beberapa syarikat minyak dan gas Brazil terutamanya Enauta, Petrobras S.A., Wintershield Dea Brasil Exploracao E Produçao Ltda dan Natural Energia. INSP MIHAS 2021 buat julung kalinya berjaya dilaksanakan secara maya untuk tempoh lima (5) bulan bermula dari 1 April sehingga 1 September 2021 bagi pembeli antarabangsa dan penjual untuk bertemu dan berbincang mengenai potensi produk dan perkhidmatan secara dalam talian. Melalui 46 pejabat luar negara MATRADE, sebanyak 333 syarikat pembeli daripada 61 negara dipadankan dengan 385 syarikat Malaysia. Sebanyak 610 sesi padanan perniagaan berjaya dilaksanakan. Produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi antaranya adalah produk makanan siap, hasil pertanian dan minyak sawit. Nilai jualan tertinggi adalah kepada pembeli dari China, Vietnam dan Belize. SEKTOR MINYAK & GAS, KIMIA & TENAGA 51 MATRADE Mexico City pula mengiklankan program INSP di akhbar tempatan ElEconomista dalam bentuk cetakan dan digital. Secara keseluruhan, INSP ini berjaya mengaturkan sebanyak 51 mesyuarat perniagaan disertai 33 syarikat Malaysia serta 36 pembeli asing yang mempunyai rangkaian luas dalam sektor minyak dan gas serta kimia. Antara produk dan perkhidmatan utama yang menerima permintaan tinggi adalah peralatan dalam lubang, pemeriksaan dan penyelenggaraan saluran paip, sistem pengisian Liquid Petroleum Gas (LPG), bahagian pam untuk cecair, mata gerudi, pelincir dan Light Cycle Oil (LCO). 610 sesi padanan perniagaan INSP Benua Amerika untuk Minyak dan Gas 2021 LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 1 Apr – 31 Dis 2021 NAMA PROGRAM sesi padanan perniagaan INSP sempena MIHAS 2021 LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 23 Ogos – 30 Sep 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 71 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0