Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 73 INSP Afrika Timur 2021 LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 29 Sep 2021 NAMA PROGRAM 11 sesi padanan perniagaan 22 sesi padanan perniagaan 54 sesi padanan perniagaan EFE merupakan pameran ikonik bagi sektor perabot di Asia Tenggara yang menampilkan keunikan reka bentuk perabot kontemporari berkualiti tinggi keluaran industri tempatan. INSP bersempena EFE 2021 telah diadakan secara maya sejak tahun 2020 berikutan penularan wabak COVID-19 bagi meningkatkan jualan eksport perabot Malaysia dan membantu PKS untuk terus berdaya saing dalam pasaran antarabangsa. MATRADE berjaya mengatur sebanyak 22 sesi padanan perniagaan melibatkan 18 syarikat Malaysia dan dua (2) syarikat pengimport dari Amerika Syarikat yang merupakan negara pengimport utama bagi sektor perabot Malaysia. Produk yang mendapat permintaan tinggi adalah perabot kayu getah, perabot rotan dan buluh, perabot bilik tidur, perabot ruang makan, perabot ruang tamu serta perabot sedia untuk dipasang. MATRADE mengaturkan padanan perniagaan secara maya bagi 12 syarikat Malaysia dengan pengimport dari 1 Mei sehingga 15 Ogos 2021 untuk mempromosi industri Halal merangkumi sektor makanan dan minuman, kecantikan dan penjagaan diri, farmaseutikal dan fesyen santun. Sebanyak 11 sesi padanan perniagaan diaturkan di antara syarikat Malaysia dan pembeli berpotensi dari Vietnam, Myanmar dan Australia. Program ini berjaya mempromosikan barangan di dalam industri Halal serta membuka peluang kepada syarikat Malaysia untuk mengenal pasti pembeli yang berpotensi. INSP Afrika Timur 2021 dianjurkan secara maya buat kali pertama pada 29 September 2021 dengan kerjasama Konsulat Kehormat Malaysia ke Kampala, Republik Uganda, Uganda Chamber of Mines & Petroleum (UCMP) dan SME Bank Malaysia. Objektif INSP ini adalah bagi memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk mempelbagaikan pasaran baharu dan mengukuhkan penglibatan dalam pasaran sedia ada. Program ini adalah susulan kepada webinar ‘Temui Peluang Eksport Baharu di Uganda’ yang diadakan pada 18 Ogos 2021. MATRADE telah mengatur sebanyak 54 sesi padanan perniagaan secara maya di antara sembilan (9) syarikat Malaysia dengan 53 pengimport dari Uganda. Sektor yang terlibat adalah mesin dan jentera, perkhidmatan profesional serta minyak dan gas. SEKTOR GAYA HIDUP SEKTOR PELBAGAI INSP ASEAN dan Oceania LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 1 Mei – 15 Ogos 2021 NAMA PROGRAM INSP sempena Export Furniture Exhibition (EFE) LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 8 – 12 Nov 2021 NAMA PROGRAM Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 73 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0