Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 64 MATRADE berjaya menyelaras penyertaan 12 syarikat Malaysia dalam EAM maya bersempena Cosmoprof Asia Digital Week 2021. Cosmoprof Asia merupakan pameran perdagangan terkemuka di Asia bagi industri kosmetik dan produk penjagaan diri. Edisi ke-2 pameran digital yang berlangsung dari 8 hingga 16 November 2021 menyediakan platform penyumberan kepada pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi meluaskan rangkaian pasaran dan perniagaan di peringkat global. Seramai 4,609 pengunjung dari 108 negara mengakses secara atas talian 360 pempamer digital dari 23 negara. EAM ini berjaya mempromosi eksport kosmetik dan produk penjagaan diri berkualiti tinggi ke pasaran rantau Asia Pasifik. Misi berkenaan turut mempamerkan kepakaran pemain industri Malaysia dalam menawarkan pelbagai inovasi baharu bagi memenuhi peningkatan permintaan tinggi pengguna global yang menitikberatkan penjagaan kesihatan berasaskan produk alam semula jadi, organik dan halal. Misi ini juga mengetengahkan keupayaan syarikat Malaysia menawarkan perkhidmatan pengilang peralatan asal (OEM) yang diiktiraf piawaian antarabangsa. Pelbagai aktiviti berjaya dilaksanakan oleh MATRADE sepanjang misi berlangsung. Sejumlah 425 sesi padanan perniagaan secara atas talian diatur di antara pempamer Malaysia dan pembeli berpotensi dari luar negara. Produk penjagaan muka seperti serum, krim anti penuaan dan krim pelembap serta barangan dandanan diri seperti syampu rambut, gel mandian, ubat gigi dan pencuci kebersihan wanita merupakan antara produk yang mendapat sambutan tinggi daripada pengimport Hong Kong, Korea Selatan, Taiwan, !ailand, Filipina, Singapura, India, Lithuania, Sepanyol dan Nigeria. Di samping itu, MATRADE menyelaraskan sesi pertemuan secara hibrid di antara syarikat Malaysia dengan 37 pembeli merangkumi pengimport, pengedar, peruncit serta pemilik jenama antarabangsa dan tempatan yang berpangkalan di Hong Kong. Syarikat Malaysia turut mempromosi dan mengedarkan sampel produk kepada pembeli yang hadir di pameran ini. MATRADE berkolaborasi dengan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Malaysian Chamber of Commerce Hong Kong & Macau dan Invest Hong Kong dalam menganjurkan webinar bertajuk Malaysia’s Unique Value Propositions in the Cosmetics & Toiletries Industry dan Hong Kong Business Perspective in Trade, Retail & Sourcing. Misi ini membuahkan hasil apabila dua (2) daripada 22 syarikat yang diberi pengiktirafan Hero Product iaitu pengiktirafan tertinggi agensi antarabangsa BEAUTYSTREAMS adalah peserta misi iaitu Ilyska Bioinnovation Sdn Bhd dan Sky Resources Sdn Bhd. Profil dan produk syarikat disenaraikan dalam CosmoTrends Report 2021 iaitu laporan industri yang menjadi rujukan utama pemain industri. Syarikat juga mendapat manfaat pemasaran produk secara meluas menerusi pangkalan data global Cosmoprof yang disiarkan di media cetak dan elektronik serta platform media sosial. EAM sempena Cosmoprof Asia Digital Week 2021 LOKASI Hong Kong TARIKH 8 – 16 Nov 2021 NAMA PROGRAM sesi padanan perniagaan 425 Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 64 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0