Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 90 LAPORAN SERTA KAJIAN PRODUK DAN PASARAN Penerbitan Market Alert (MA), Product Market Study (PMS) dan Trade Leads menyediakan risikan pasaran dalam bentuk laporan dan kajian berkaitan produk, perkhidmatan serta maklumat pasaran yang mendalam. Ia termasuk dasar negara pengimport dan piawaian yang ditetapkan untuk mengeksport produk atau perkhidmatan tertentu dan pertanyaan perdagangan. Maklumat ini disalurkan kepada syarikat Malaysia untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang pasaran eksport serta peluang di pasaran yang disasarkan. Risikan pasaran dapat membantu komuniti perniagaan untuk: 1. Mengenal pasti peluang sasaran pasaran antarabangsa dengan lebih pantas, sahih dan tepat serta memahami kecenderungan konsumer di sesebuah negara yang dikenal pasti untuk diterokai 2. Membuat keputusan dengan lebih tepat dan efektif melalui informasi serta analisis yang sahih. 3. Meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat melalui pengumpulan dan rumusan yang diperolehi daripada risikan pasaran 4. Membentuk strategi pemasaran yang unik dan berimpak tinggi. 5. Meningkatkan daya saing positif dalam pasaran antarabangsa. 6. Mengenal pasti serta menangani risiko dan ketidakpastian persekitaran luar jangka di pasaran antarabangsa. Pada tahun 2021, pejabat MATRADE luar negara telah menghasilkan sejumlah 840 MA dan 136 PMS. MA merupakan laporan ringkas dan terkini mengenai maklumat pasaran, perubahan polisi dan juga maklumat perkembangan lain yang memberikan kesan terhadap permintaan produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat Malaysia. PMS pula merupakan laporan lengkap mengenai produk atau sektor secara spesifik dalam pasaran. Selain itu, maklumat mengenai permintaan pasaran boleh didapati melalui penerbitan Trade Lead. Ianya merupakan kompilasi maklumat pertanyaan perdagangan dari pengimport berpotensi. Kesemua risikan pasaran ini boleh diakses secara dalam talian melalui platform MyExport oleh syarikat yang berdaftar sebagai ahli MATRADE. Platform ini membolehkan syarikat Malaysia mendapat maklumat terkini dan tepat pada masanya. Di samping itu, notis tender antarabangsa juga boleh didapati di MyExport. Syarikat yang berdaftar dengan MATRADE adalah digalakkan untuk melanggan platform MyExport tanpa dikenakan bayaran. 840penerbitan Market Alert (MA) 136 penerbitan Product Market Study (PMS) Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 90 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0