Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 70 SOROTAN PROGRAM PENYUMBERAN ANTARABANGSA MATRADE menganjurkan sembilan (9) Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) secara maya bersempena pelbagai acara perdagangan antarabangsa di Malaysia. Selain itu, INSP juga dilakukan untuk mempromosikan sektor tertentu di Malaysia selain menarik minat pembeli dari rantau yang dikenal pasti. Program INSP turut membantu memadankan syarikat Malaysia dengan pembeli dari luar negara menerusi sesi padanan perniagaan. INSP yang dianjurkan sepanjang tahun melibatkan pembeli dari seluruh dunia dengan syarikat Malaysia dari pelbagai sektor. SEMICON SEA merupakan pameran perdagangan antarabangsa utama bagi rantaian bekalan pembuatan elektronik global yang mengumpulkan syarikat dan pemain industri E&E khususnya di rantau Asia Tenggara. MATRADE telah melaksanakan INSP bersempena acara SEMICON SEA 2021 di Kuala Lumpur bagi memberi peluang kepada syarikat Malaysia bertemu dengan pengimport asing yang berminat melakukan penyumberan bahagian dan komponen bagi produk E&E. Pengeksport produk E&E Malaysia mempuyai keupayaan tinggi untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara, hasil daripada pengalaman bekerjasama dengan syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia. SEKTOR ELEKTRIK & ELEKTRONIK, ICT, JENTERA & PERALATAN INSP sempena SEMICON Southeast Asia (SEA) LOKASI Kuala Lumpur, Malaysia TARIKH 23 Ogos – 30 Sep 2021 NAMA PROGRAM Program ini juga meletakkan Malaysia sebagai hab penyumberan produk industri E&E di Asia Tenggara. Sejumlah 16 padanan perniagaan secara maya telah diadakan di antara 14 syarikat Malaysia dengan lapan (8) syarikat pengimport dari tujuh (7) negara iaitu !ailand, Myanmar, Australia, UAE, Argentina, Chile dan Hungary. Produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi antaranya adalah papan litar bercetak, wayar elektrik, produk elektronik bagi kegunaan industri dan pengguna, produk elektronik bagi kenderaan moden serta sistem keselamatan. 16 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 70 21/11/2022 11:49

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0