Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 79 SEKTOR PEMBINAAN & PERKHIDMATAN PERNIAGAAN Syarikat pengeluar bahan binaan Malaysia berjaya mencapai tahap dan kualiti yang diiktiraf oleh piawaian antarabangsa dan meningkatkan kebolehupayaan mereka ke arah kelestarian alam sekitar. Syarikat turut memberikan komitmen yang tinggi terhadap perkhidmatan selepas jualan demi meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan bagi menambah nilai kepada usaha promosi eksport. Bagi sektor pembinaan dan perkhidmatan perniagaan, sebanyak 27 sesi padanan perniagaan secara maya berjaya diatur di antara 27 syarikat Malaysia dengan 21 pengimport dari 11 negara. Kebanyakan pengimport adalah dari ASEAN, Australia, UAE, Arab Saudi, United Kingdom, Turki, Turkmenistan, Amerika Syarikat dan Afrika Selatan. Sesi padanan perniagaan ini membuka peluang syarikat Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan yang berkualiti ke pasaran antarabangsa. Antara produk dan perkhidmatan yang telah mendapat permintaan tinggi adalah tingkap, pintu, pagar, jubin, papan lapis, kayu gergaji, skru, nat dan rod besi. Selain itu, perkhidmatan seperti francais dan peruncitan dalam sektor makanan, perkakasan barangan rumah, pendidikan awal dan fesyen Islamik turut mendapat sambutan memberangsangkan dari luar negara. Selain sesi padanan perniagaan yang diatur mengikut sektor, sebanyak 219 sesi padanan dilaksanakan antara 89 pengimport yang berminat untuk mendapatkan produk dari pelbagai sektor dengan 152 syarikat Malaysia. Kebanyakan pengimport yang menyertai sesi padanan perniagaan ini adalah dari rantau ASEAN, Asia Timur, Benua Amerika, Eropah, Oceania dan Asia Selatan. Produk dan perkhidmatan yang mendapat permintaan tinggi adalah perabot, makanan, kosmetik, produk kayu, penapis dan sarung tangan. Berdasarkan minat mengikut rantau, selain daripada produk makanan, permintaan tinggi dari Asia Timur adalah produk berasaskan kesihatan dan bahan kimia manakala pembeli dari ASEAN dan Oceania berminat kepada minuman kesihatan. Pembeli Eropah pula menunjukkan minat terhadap produk E&E, minyak dan gas, automotif, perkhidmatan kejuruteraan, perabot serta peralatan perubatan. Bagi pembeli dari rantau Amerika, permintaan tinggi melibatkan produk gaya hidup, perubatan dan farmaseutikal. SEKTOR PELBAGAI 27sesi padanan perniagaan 219 sesi padanan perniagaan Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 79 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0