Laporan Tahunan 2021

Laporan Tahunan 2021 100 Selain daripada program BWYEDP yang dikendalikan sepenuhnya oleh MATRADE, hubungan strategik juga telah dijalin dengan beberapa agensi kerajaan bagi mengendalikan secara kerjasama program-program berkaitan Bumiputera seperti di bawah: PROGRAM KERJASAMA DENGAN AGENSI UNTUK PEMBANGUNAN EKSPORT PKS BUMIPUTERA Business Exporters Programme (BEP2.0) Galakan Eksport Bumiputera (GEB) Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) merupakan sebuah program pembangunan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) sebagai agensi pelaksana dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menawarkan inisiatif berkonsepkan hibrid iaitu geran mudah cara dan pinjaman mudah kepada PKS Bumiputera. Program ini diwujudkan untuk membangunkan keupayaan serta menambah bilangan PKS Bumiputera dalam pasaran eksport melalui pakej bantuan bersepadu bagi menerokai pasaran baharu, pemadanan perniagaan dan perluasan pasaran. MATRADE, EXIM Bank dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) merupakan ahli jawatankuasa dalam program ini. MATRADE berperanan dalam menyalurkan maklumat berkaitan eksport kepada syarikat terbabit. BEP2.0 merupakan program anjuran SME Bank yang dijalankan secara kerjasama dengan MATRADE untuk menyalurkan informasi tentang peluang eksport dan program promosi eksport luar negara. PKS akan menyertai program ini untuk tempoh tiga (3) tahun termasuk satu (1) tahun tempoh pemantauan yang bertujuan meningkatkan keupayaan eksport PKS Bumiputera untuk menembusi pasaran global. Bagi tahun 2021, sebanyak 25 syarikat telah dipilih untuk menyertai program ini. Jumlah Jualan Eksport RM 1.87 bilion 7 Syarikat Penerima Geran 107 PKS dibimbing menembusi pasaran 8 Jenama Malaysia diperkenalkan di luar negara 119 Peluang pekerjaan dicipta 33 Pasaran ditembusi Bumiputera Initiative for Globalisation (B.I.G) MATRADE adalah agensi pelaksana bagi program Bumiputera Initiatives for Globalisation (B.I.G) di bawah kendalian Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bertujuan membantu syarikat Bumiputera yang berdaya saing dan berimpak tinggi meluaskan pasaran mereka ke peringkat global. Bagi tahun 2021, empat (4) aktiviti promosi eksport dan tujuh (7) projek pasaran eksport melibatkan syarikat penerima geran telah dilaksanakan. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 100 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0