Laporan Tahunan 2021

Pengurusan, Integriti, Audit Dalam dan Perancangan Strategik 129 PENGUKUHAN KESELAMATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) Perkembangan pesat ICT yang memberikan banyak manfaat turut membuka ruang kepada pelbagai bentuk ancaman siber. MATRADE telah melaksanakan Pengurusan Identiti secara bersepadu serta pengukuhan tapisan keselamatan di peringkat sistem aplikasi bagi meminimumkan risiko keselamatan tersebut. Bagi menjaga kerahsiaan dan integriti maklumat rasmi jabatan dan kerajaan, MATRADE telah mewujudan MATRADE Cloud Storage secara private cloud yang dilancarkan pada Januari 2021 bagi memenuhi keperluan penyimpanan dan perkongsian dokumen secara mudah alih yang lebih selamat. Usaha ini selaras dengan arahan dan garis panduan keselamatan ICT kerajaan yang berkuat kuasa. Ia turut memberikan faedah dari segi penjimatan sumber ICT seperti kapasiti storan. MENGEKALKAN KELANCARAN PRODUKTIVITI Secara amnya, penggunaan peralatan komputer yang berprestasi rendah akan menjejaskan produktiviti. Oleh itu, MATRADE terus memastikan kelancaran operasi menerusi penggantian peralatan IT melibatkan komputer riba, komputer peribadi dan pencetak di ibu pejabat, pejabat wilayah dan luar negara. Penggunaan komputer riba telah diperluaskan kepada kakitangan sokongan yang terlibat dalam melaksanakan proses kerja kritikal untuk membolehkan tugas terus dilaksanakan di luar pejabat terutamanya untuk Bekerja Dari Rumah (BDR). Selain itu, penyelenggaraan secara komprehensif melibatkan peralatan pengguna, peralatan pusat data dan rangkaian serta sistem aplikasi turut memberikan impak yang baik dari segi ketersediaan sistem IT MATRADE. PEMBANGUNAN PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) MATRADE MATRADE telah membangunkan PSP MATRADE 2022 - 2026 yang berperanan merangka pelaksanaan inisiatif ICT sejajar dengan hala tuju pendigitalan MATRADE, Pelan Strategik Perniagaan (BSP) MATRADE, Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN), Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL). Pelan ini mengandungi strategi, program dan pelan pelaksanaan inisiatif ICT bagi sistem aplikasi, pengurusan data, infrastruktur ICT, keselamatan ICT, pembangunan sumber manusia ICT dan tadbir urus ICT. Lima (5) teras strategik telah digariskan sebagai pemacu strategik pembangunan dan pelaksanaan pendigitalan MATRADE bagi tempoh lima (5) tahun akan datang iaitu: • Perkhidmatan digital inklusif dan bersepadu • Pemanfaatan kepintaran data • Infrastruktur digital yang mapan dan selamat • Warga celik digital • Pengukuhan tadbir urus digital PENINGKATAN KOMPETENSI DAN PEMBUDAYAAN DIGITAL Bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai IT, sebanyak 19 latihan ICT telah dilaksanakan yang melibatkan bidang kompetensi seperti pengurusan rangkaian, keselamatan ICT, analitik data dan peralatan ICT. Enam (6) sesi Technology Update turut diadakan bagi membolehkan penyedia perkhidmatan ICT berkongsi perkembangan teknologi terkini termasuk perkomputeran Cloud dan kepintaran buatan (AI). Pembudayaan ICT telah dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti kesedaran, latihan, infografik dan e-newsletter bagi meningkatkan tahap digitalisasi warga MATRADE. Sebanyak 14 latihan telah dianjurkan yang melibatkan penggunaan sistem aplikasi, pengendalian sidang video dan analisis data. Sembilan (9) infografik turut dihantar melalui emel kepada warga MATRADE untuk memberi kesedaran berhubung polisi ICT dan keselamatan siber. Change Management bagi Projek Digital MATRADE Pakej 3 turut dilaksanakan melalui beberapa aktiviti termasuk lima (5) sesi Town Hall secara maya dan lapan (8) e-newsletter dihantar bagi meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga MATRADE mengenai aplikasi baharu yang dibangunkan dalam projek ini. Sebagai satu usaha meningkatkan kemahiran pegawai IT terhadap teknologi terkini, peningkatan sistem Customer Relationship Management (CRM version 2) telah dilaksanakan secara dalaman melalui melalui perkhidmatan coaching. Syarikat yang mempunyai kepakaran telah dilantik untuk membantu dalam pembangunan sistem dengan mengaplikasikan amalan terbaik pembangunan sistem. Inisiatif ini dapat melahirkan personel IT berkemahiran dan dapat menjamin keberkesanan pembangunan sistem. PEMATUHAN MS ISO 9001: 2015 Dua (2) perkhidmatan IT yang disenaraikan di bawah MS ISO 9001:2015 iaitu Pengurusan IT Berkaitan Aktiviti Galakan Eksport dan Pengendalian Aduan Sistem IT telah berjaya mengekalkan pencapaian Laporan Ketidakpatuhan Sifar (NCR). Pencapaian ini secara tidak langsung turut membantu MATRADE mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015. PEMANFAATAN ANALITIK DATA RAYA (BIG DATA ANALYTIC) Seiring dengan perkembangan teknologi Data Raya dan hasrat kerajaan menambah baik proses membuat keputusan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam berpacukan analitik data, MATRADE telah dipilih oleh MAMPU bagi pelaksanaan inisiatif Data Raya Sektor Awam (DRSA) 2.0. Melalui inisiatif ini, kes perniagaan telah dikenal pasti dan produk data dibangunkan bagi mengkaji impak insentif eksport yang diberikan oleh MATRADE iaitu melibatkan Geran Pembangunan Pasaran (MDG), program eTRADE dan program penggalakan eksport. Penglibatan semua bahagian di MATRADE dalam DRSA 2.0 telah mendedahkan pegawai MATRADE dengan kemahiran sains data terutamanya analisis data dan visualisasi data. Pendedahan dan kemahiran yang diperoleh ini akan memacu MATRADE untuk menerokai lebih banyak inisiatif data raya pada masa hadapan bagi meningkatkan keupayaan dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data. Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik Matrade 2021 - BAB 4 zrq.indd 129 21/11/2022 11:52

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0