Laporan Tahunan 2021

Matlamat Teras MATRADE Meneraju Lonjakan Eksport Pasca Pandemik 95 RANGKA TINDAKAN PERDAGANGAN NASIONAL MATRADE melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membangunkan RTPN untuk tempoh lima (5) tahun mulai 2021-2025, sebagai usaha meningkatkan daya saing eksport Malaysia di pasaran global. RTPN telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri secara maya pada 25 Oktober 2021. RTPN bertujuan untuk memacu peningkatan eksport barang dagangan Malaysia melalui ekosistem perdagangan yang cekap dan promosi produk yang berdaya saing selaras dengan sasaran eksport negara yang ditetapkan di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe12). RTPN juga mengambil kira pelbagai inisiatif berkaitan eksport yang telah dinyatakan di dalam lain-lain pelan induk. Matlamat utama RTPN adalah untuk meletakkan Malaysia sebagai negara perdagangan yang dinamik dan unggul serta memperbaiki kedudukan prestasi eksport negara melalui pembangunan eksport yang mampan berdasarkan bidang-bidang keutamaan, dasar-dasar strategik dan teras-teras strategik yang telah dikenal pasti. Bidang keutamaan adalah: • Meningkatkan bilangan pengeksport; • Meningkatkan eksport produk bernilai tinggi; • Mempelbagaikan produk eksport; dan • Meningkatkan ekosistem eksport. Sebanyak tiga (3) dasar strategik telah dikenal pasti iaitu: • Pembangunan, dengan menambah baik persekitaran operasi pengeksport; • Pertumbuhan, melalui peningkatan keupayaan promosi eksport; dan • Daya saing, dengan melonjakkan produk Malaysia yang mampan ke tahap yang lebih tinggi. Bagi menggerakkan Rangka Tindakan ini, sebanyak lapan (8) teras strategik telah digariskan iaitu: • Mengukuhkan ekosistem eksport; • Melonjakkan kapasiti dan keupayaan pengeksport; • Meningkatkan kemampuan eksport; • Menggalakkan pertumbuhan eksport menerusi teknologi dan eDagang; • Memudah cara dan meluaskan akses pasaran; • Mempromosi barangan dan jenama tempatan; • Memacu pertumbuhan menerusi pelaburan dan kepelbagaian eksport; dan • Menggalakkan kelestarian dan inovasi. Berdasarkan lapan (8) teras strategik tersebut, 40 syor telah digariskan yang memerlukan penggemblengan tenaga daripada pelbagai kementerian, agensi, kerajaan negeri dan semua pihak berkepentingan serta pihak swasta yang terlibat dalam ekosistem perdagangan. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan RTPN, ianya diselia oleh JK-X yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dengan keanggotaan terdiri daripada Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. Jawatankuasa ini akan memantau pelaksanaan RTPN sebanyak tiga (3) kali setahun. Lapan (8) kumpulan kerja melibatkan wakil daripada sektor awam dan swasta bertanggungjawab melaksanakan bidang keutamaan dalam ekosistem perdagangan iaitu: • Fasilitasi perdagangan; • Piawaian dan pematuhan; • Promosi perdagangan dan akses pasaran; • Kelestarian dan inovasi; • Digitalisasi dan teknologi; • Pelaburan; • Penjenamaan; dan • Logistik Bagi merealisasikan RTPN, usaha dan pemikiran proaktif untuk penambahbaikan yang berterusan adalah perlu bagi mewujudkan ekosistem perdagangan yang cekap. Sehubungan itu, komitmen sepenuhnya daripada pihak kementerian, agensi, Kerajaan Negeri dan sektor swasta adalah penting dalam mencapai matlamat ini. Pelancaran Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (RTPN) 2021-2025 telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. Matrade 2021 - BAB 3 Sept 6th.indd 95 21/11/2022 11:50

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0