Laporan Tahunan 2021

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) adalah sebuah agensi promosi perdagangan kebangsaan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang bertanggungjawab untuk menempatkan Malaysia sebagai negara perdagangan global yang kompetitif. Ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992, misi utama adalah untuk mempromosikan perusahaan Malaysia ke pasaran dunia. Peranan Perniagaan Anda Platform MATRADE MATRADE memikul tugas membangunkan perdagangan luar dengan memberi penekanan kepada eksport produk dan perkhidmatan. Ini bagi memastikan keupayaan syarikat Malaysia yang bersaing di peringkat antarabangsa terus mantap dan menjadikan ungkapan Made in Malaysia for the World sebagai satu kebanggaan. Untuk tujuan itu, MATRADE merangka dan melaksanakan strategi pemasaran dengan menyediakan latihan, membimbing dan memberi khidmat nasihat kepada sebilangan besar syarikat Malaysia. Melalui jaringan hubungan antarabangsa yang luas, MATRADE menyediakan risikan pasaran serta maklumat yang terkini untuk membantu syarikat meneroka pasaran global. MATRADE juga menggiatkan aktiviti promosi eksport produk dan perkhidmatan Malaysia di samping melaksanakan sesi padanan perniagaan di antara syarikat Malaysia dan pembeli asing. Usaha ini secara langsung telah menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan ekonomi Malaysia. Jangkauan Global MATRADE akan meneruskan usaha mencari kaedah baharu yang lebih inovatif untuk membimbing dan menyokong pengeksport di peringkat global. MATRADE mempunyai 46 pejabat perdagangan luar negara yang terletak di bandar-bandar komersial utama dunia di samping lima pejabat cawangan wilayah di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Bakat Insan MATRADE percaya bahawa warga kerja adalah tunjang utama organisasi dan komited dalam memesatkan pembangunan intelek, mengukuhkan keupayaan kepimpinan dan meningkatkan prestasi organisasi. MATRADE memberi tumpuan kepada penyediaan latihan dan pembangunan program pementoran serta pembelajaran yang bersesuaian di tempat kerja. Dengan budaya korporat yang kukuh, MATRADE komited untuk menyediakan peluang bagi setiap warga kerja berkhidmat dengan lebih cemerlang. SEKILAS PANDANG Tumpuan MATRADE MATRADE memberi fokus dalam pelaksanaan dan penyampaian empat perkhidmatan teras iaitu: Pembangunan Pengeksport Membantu dan meningkatkan kebolehan syarikat Malaysia dalam mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. MATRADE menyediakan latihan kepada syarikat Malaysia terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui penganjuran seminar dan bengkel. Selain itu, MATRADE juga melaksanakan program pembangunan pengeksport untuk membantu syarikat Malaysia mempersiapkan diri meneroka peluang eksport di luar negara. Ia antara lain membabitkan latihan dalam bidang perniagaan, peningkatan kemahiran, jaringan hubungan, pendedahan antarabangsa, kepimpinan dan keusahawanan. Ini membolehkan entiti perniagaan lebih berdaya tahan dan mampan di peringkat antarabangsa. PROSES PERNIAGAAN KE ARENA ANTARABANGSA Mengenai MATRADE

RkJQdWJsaXNoZXIy NjUyODU0